UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Bagaimana Caranya Membangkitkan Minat Rakyat Kembali

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

Benarlah seperti yang kami dakwa dulu, Telekom akan naikkan tarif panggilan tempatan (yang sedia membebankan sekarang ini) dan juga menaikkan kadar sewa bulanan.

Walaupun Telekom berbangga mendapat untung lebih RM1,2000 juta tetapi segala cukai dari keuntungan itu adalah untuk memegahkan Mahathir bagi menjalankan projek-projek membazirnya. Manakala keuntungan yang dimiliki Telekom akan dibazirkan oleh pegawai-pegawai atasannya saja, sedangkan rakyat terus melangut dan tertekan.

Kerajaan merasakan rakyat sekarang boleh diperbodohkan, paling kurangpun yang menentang hanya sekerat dua, dari muka yang sama saja. mahathir tahu dia di peringkat paling hebat sekarang, apa pun yang dibuatnya akan disokong rakyat.

Pembangkang pula berpecah-belah, kesedaran rakyat di peringkat paling bawah akibat tekanan dan gertakan pemerintah. Majlis penerangan pembangkang ditekan habis-habisan. Polis yang menjadi baru pemerintah akan berbuat apa saja untuk memenuhi nafsu serakah Pak Lah, Menteri Dalam Negeri itu.

Sebab itu kita lihat apa yang berlaku di Baling tempoh hari, yang menyebabkan penceramah terkemuka, Mat Sabu dan ADUN PAS Kupang, Suhaimi Ahmad, ditahan berembun di tengah padang sampai pukul 7 pagi, hanya kerana berceramah tanpa permit.

Tapi sayang, tidak ramai penceramah seberani Mat Sabu dan kawan-kawannya itu. Lebih ramai memikirkan periuk nasi dan jawatan yang disandang. Mereka takut mengulangi nasib malang Lim Guan Eng yang trelucut jawatan kerana melakukan "kesalahan" politik.

Tengok saja berapa ramai penyokong Anwar yang memberikan sokongan terbuka kepada bekas TPM yang teraniaya itu. Dilaporkan polis lebih ramai lagi daripada reformis! Lalu, apa sudah jadi ini?

Memang kita mengharapkan nostalgia 1998 berulang kembali, tetapi kita harus tunjukkan soladiriti kita menentang kezaliman yang makin memuncak ini. Jika kita lemah, itu adalah putaran alam, tapi yang penting jangan tunjukkan kelemahan kita itu. Bangkit dan lawan ala kadar dengan kemampuan yang ada. Susun program yang boleh dibuat walaupun ia hanya membabitkan segelintir teman-teman. Yang penting, jangan tinggal diam.

Gerakan reformasi tidak boleh dibiarkan mati. Perjuangan ini masih jauh, panjang dan akan menempuh pelbagai halangan dan kesulitan. Pihak lawan tidak akan menunggu masa kejatuhan mereka. Semakin dekat dengan saat kejatuhan, maka semakin hebatlah tekanan yang ditimpakan ke atas kita.

Kita semua sedar hakikat itu, tapi apa persiapan yang kita atur. Kita hanya menunggu takdir. Kita hanya menunggu satu keajaiban. Kita akan terus menjadi penunggu malang, sedangkan tarikh pilihan raya makin hampir dan hampir.

Saya sekadar berleter dan berleter. Tapi inilah kemampuan yang saya ada. Menegur dan mengingatkan teman-teman seperjuangan bahawa kita sedang berada di persimpangan. Kita tidak boleh tinggal diam, progrfam penerangan cukup penting ditingkatkan.

Dan yang juga tidak kurang pentingnya ialah mengingatkan pemimpin PAS di Kelantan dan Terengganu supaya jangan kerap sangat melakukan kesalahan dan kesilapan terutama berkaitan isu salahguna kuasa dan kronisme.

Jika apa yang berlaku berterusan, mungkin sukar lagi bagi kita membangkitkan soal salahguna kuasa pemimpin BN, termasuk amalan rasuah, kerana kita juga boleh dituduh melakukan hal yang sama, seperti yang dilakukan Khir Toyo misalnya.

Justeru, saya tetap merasakan perlu dalam waktu terdekat satu pertemuan membabitkan semua pimpinan pembangkang untuk bersemuka, mencari jalan keluar atas segala kebuntuan ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com