UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Selesaikan Dulu Isu Kebebasan Memberikan Pandangan Sebelum Minta PUM Berdialog dengan Penulis Anti-Islam

Oleh : PAK TEH

Bila isu beberapa penulis menghina Islam ditimbulkan oleh Persatuan Ulamak Malaysia, maka menteri di JPM dan segala penyokong golongan sekular pun bertempik mengatakan kita patut mengadakan dialog dan rundingan.

Kononnya mereka ini paling demokratik, sentiasa menghidupkan semangat dialog dan menganjurkan kebebasan bersuara. Sedangkan apabila prinsip asas dalam hak asasi manusia ini iaitu kebebasan mengeluarkan pandangan dicabul sewenang-wenangnya, seperti mengharamkan majlis ceramah politik dan agama (dan kalau diadakan juga, walaupun dalam bangunan sendiri), polis tanpa adab sebaliknya bertindak ganas memukul hadirin, menembak gas pemedih mata, menangkap penceramah dan membiarkan sehingga pagi di tengah padang -- di waktu itu mana dia suara tokoh yang menganjurkan dialog ini.

Lebih memualkan apabila Menteri Dalam Negeri sendiri menyindir PUM dan mengesa agar dialog diadakan dengan penulis anti-Islam itu. Selama ini rekod Pak Lah dalam isu kebebasan bersuara cukup buruk. Beberapa majalah diharamkan, misalnya Detik dan Wasilah, juga akhbar politik seperti Eksklusif, manakala yang masih hidup nyawa-nyawa ikan seperti Cabaran turut akan menerima nasib yang sama, selepas permitnya mati akhir Februari ini.

Kepada golongan yang cuba menjadi wira kepada soal rundingan dalam isu kebebasan bersuara ini, cerminlah diri sendiri dahulu. Perhatikan bagaimana pihak pemerintah, menekan dan terus menekan apa saja suara atau pandangan yang berbeza dengan mereka. Jangan lupa, kita masih ada ramai tangkapan ISA di Kamunting, yang sehingga kini belum ada dakwaan terbuka atas kesalahan mereka di mahkamah.

Pihak polis pula, khususnya Ketua Polis Negara, Norian Mai, sehingga kini menunjukkan egonya yang angkuh itu, langsung tidak menjawab permintaan parti-parti pembangkang, khususnya Ustaz Fadzil Noor untuk berjumpanya.

Lihatlah untuk Ketua Pembangkang nak berjumpa dengan Ketua Polis pun kita tak dapat lihat apa reaksi KPN.

Bagi saya, isu yang penting di sini ialah membuag segala sekatan dan larangan tidak demokratik yang menghalang satu perbahasan yang sihat di kalangan rakyat.

Meskipun saya cukup kuat menjunjung kebebasan memberikan pandangan, tetapi tidaklah pula sampai saya boleh menerima segala penghinaan terhadap Islam yang digunakan atas nama kebebasan bersuara. Soal agama tidak boleh dipermainkan, sehingga sesiapa saja boleh berceloteh dan menceceh tanpa asas ilmu yang sebenarnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com