UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Isu Larangan Ceramah Mesti Dibesar-besarkan

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

Memang benar ceramah bukannya satu-satu medium untuk kita berjumpa rakyat, memberi penjelasan dan membuat penerangan, tapi dari segi kepantasan menyampaikan brita terkini dengan cara termurah, hanyalah melalui pentas-pentas ceramah.

Namun begitu, bila ceramah diharamkan, dan polis bertindak ganas menyuraikan mana-mana program ceramah yang diadakan juga, kita tidak harus cepat mengalah. Saya akui tidak mudah melaksanakan kata-kata ini khususnya apabila berdepan dengan pelbagai risiko, seperti disembur air kimia, ditembak gas pemedih mata, dibantai belantan, digari, dipukul dan disepak terajang, dan barang-barang tertentu dirampas.

saya sentiasa menekankan bvahawa inilah masa paling getir buat pembangkang. Perpaduan sesama kita tidak sekukuh dulu. Isu-isu tidak difokuskan bagi menarik minat rakyat. Kezaliman terhadap Anwar seperti makin diabaikan. Tapi, masakan kita hanya m,ampu menggeleng kepada menghadapi semua ini. Kerja parti mesti diteruskan. Penjelasan isu-isu besar tidak boleh ditinggalkan.

Harakah berperanan besar, begitu juga akhbar alternatif yang lain, malang sekali bila akhbar Memo terbitan Ahmad Lutfi Othman sudah tidak ada lagi di pasaran. Di peringkat daerah atau kawasan, aktivis setempat mestilah terbitkan risalah yang mudah difahami untuk diedarkan secara meluas. Duit tak ada? Kewangan penting untuk menggerakkan parti, jadi kena usahakan juga.

apa pun saya lebih melihat bagaimana harus kita gembelngkan tenaga untuk menunjukkan kezaliman polis atas arahan Umno ini kepada rakyat. Kita tidak mahu hanya kita yang bergelut dengan FRU dan tembakan gas pemedih mata. Rakyat tak tahu apa yang berlaku, Ini sesuatu yang cukup malang. Seolah-olah tali penghubung antara kita dengan rakyat sudah terputus apabila Harakah hanya diterbitkan dua kali sebulan.

Tanpa publisiti ataupun rakyat kabur tentang apa yang kita lakukan dan apa yang sebenarnya berlaku dalam negara kita, maka tidak banyak yang kita boleh harapkan dalam pilihan raya akan datang. Mungkin perhatian sekarang lebih tertumpu kepada perkembangan di luar negara sehingga ramai rakyat yang merasakan isu dalaman terlalu kecil untuk dirunsingkan.

Memang benar, seperti kata sebuah tulisan dalam Detikdaily dulu, ada kalanya kita perlu berehat sekejap, Takkan tahan kalau kita nak bertembung dan berkonfrontasi dengan kerajaan setiap masa. Masa sejuk ini kita perlu perkukuhkan jentera dalaman, merencanakan strategi, memantapkan perpaduan, menggerakkan wacana dalaman dan merumuskan manifesto.

Tapi, selalunya tidak jadi begitu. Masing-masing aktivis buat hal sendiri, Dan lebih malang bila berlaku percakaran sesama sendiri bila isu luaran tidak mencabar lagi. majlis-majlis ceramah yang tidak dihalang polis pun dah tak ramai lagi hadirin. Sebabnya, pun tidak dipastikan, apakah kerana takut atau sudah tidak berminat dengan politik?

Yang ingin saya tekankan di sini ialah keberanian pimpinan pembangkang untuk berhadapan dengan arahan tidak bertulis larangan berceramah. Polis yang ditunggangi Umno sudah keterlaluan, utk buat ceramah dalam kawasan sendiri pun dihalang, apatah lagi di tempat terbuka. Semuanya demi keselamatan pemimpin BN yang kini tergugat. BN tidak mahu menanggung risiko kalah dalam pilihanraya akan datang, Nak kata demokrasi sudah mati, katakanlah, BN tak heran itu semua. Lantaklah, yang penting kuasa di tangan.

Lalu, seluruh tenaga pembangkang mesti ditumpukan untuk menentang arahan tidak benarkan ceramah ini. Tak boleh hanya seorang dua saja yang berani teruskan ceramah, tapi yang lain membisu seribu kata. Lawan mesti lawan, cuma dengan pendekatan masing-masing. Yang penting kita mahu tunjukkan kepada rakyat dan kepada dunia tentang amalan demokrasi yang pincang ini. Ini belum dikira RTM yang sudah gila itu. Tiap-tiap malam berita utamanya adalah bantai PAS, hentam pembangkang, tunjukkan kepada penonton bahawa pembangkang militan dan ganas.

Saya tidak bertujuan untuk provokasi. Ini pun satu hal. Bila ada idea supaya kita bangkit lawan arahan tidak demokratik itu, akan adalah pandangan bahawa kita jangan terjebak dengan prangkap musuh. Perangkap macam mana? Sebenarnya bila kita terus diam, terus ikut saja arahan itu, maka sebenarnya kita sudahpun terduduk dengan tangan di gari dalam perangkap musuh!

Bangkit menentang tidak bermakna kita turun ke jalan raya atau membenarkan diri jatuh dalam kebinasaan. Yang diperlukan, hanya terus menyampaikan maklumat, adakan majlis ceramah, tidak besar lakukan secara kecil-kecilan demi mengekalkan momentum sokongan kepada pembangkang.

Buat majlis minum teh, berdiskusi dengan masyarakat setempat, ziarah, turun padang, tetapi isu besar jangan ditinggalkan. Jangan nanti asyik dengan kerja-kerja kebajikan, yang tidak akan terdaya untuk kita nak lawan 'kemurahan hati' BN yang penuh duit rasuah itu.

Satu lagi cadangan terakhir saya: DOKUMENTASIKAN SEGALA KEZALIMAN POLIS TERHADAP MAJLIS CERAMAH KITA SECARA DETAIL, BIAR DIRAKAM DALAM SEJARAH DAN SENANG UNTUK DIJELASKAN NANTI.

Dan saya kira Laman Detikdaily amat mengalu-alukan jika mana-mana pihak mempunyai bukti dan keterangan tentang apa saja halangan yang dibuat polis kepada majlis-majlis ceramah pembangkang.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com