UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Berhati-hati, Berwaspada, Tapi Jangan Masuk Dalam Perangkap Musuh, Pilihan raya Tidak Lama Lagi ...

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

Saya tidaklah sampai menjangkakan PAS akan diharamkan melalui taktik jahat polis-Pak Lah bagi menggambarkan parti Islam itu militant ataupun bercorak keganasan.

Bagi BN, cukuplah sekadar memalitkan imej buruk, pelampau dan ganas dalam pemikiran rakyat tentang PAS. Justeru, janganlah sampai kita terlalu berhati-hati dan terlalu berwaspada sehingga menghentikan langsung program ceramah dan majlis penerangan, hanya kerana takutkan PAS akan diharamkan.

Tidak ada gunanya PAS akan diharamkan, kerana dengan itu dunia antarabangsa akan mengutuk BN dan Mahathir pula. Kelak PAS pula akan dipertahankan oleh Amerika dan Barat. Jadi, Mahathir yang licik berpolitik hanya mahu PAS dijauhi sebahagian masyarakat, terutama bukan Melayu dan golongan profesional ataupun pengundi atas pagar.

Begitu juga bila dulu ada ura-ura Harakah diharamkan, saya antara yang paling awal tidak percaya KDN akan bertindak sebodoh itu. BN mahu tunjukkan pada dunia bahawa Malaysia juga amalkan demokrasi, benarkan pembangkang bertanding pilihan raya, ada satu dua media bebas yang dapat dikawal. Semuanya adalah bukti untuk Mahathir tunjukkan kepada dunia bahawa 'kami juga bebas dan demokratik'.

Justeru, saya harapkan insiden di Kuala Ketil tidak menghalang untuk kita terus menemui rakyat, jelaskan isu sebenar kepada mereka, dan jangan biar kita terus dipisahkan dengan mereka.

Mahathir memang boleh melakukan apa saja, tapi jangan biarkan imiginasi karut kita merayau-rayau sehingga kepada sesuatu yang tidak masuk akal. Mahathir juga ada batasan kuasanya, tidak semua yang dikehendakinya boleh dijalankannya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com