UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Apa Yang Mahathir Bincang Dgn Penjilatnya di Luar Negara

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

Apa yang Mahathir buat bila pergi luar negara bercuti sampai sebulan?

1. Bincang taktik dan strategi untuk hancurkan pengaruh pembangkang terutama PAS, bersama penjilatnya seperti Dolah Kok Lanas.

2. Bincang strategi untuk hadapi kes Anwar yang sekarang sedang berjalan di mahkamah.

Kita akan mendapat kejutan dalam masa terdekat apabila Mahathir dan konco-konconya merumuskan strategi terbaik untuk membuat pukulan maut kepada pembangkang.

Pertama, mungkin pilihan raya akan diisytiharkan lebih awal daripada masa yang dijangkakan.

Kedua, kesepaduan pembangkang yang sedia lemah akan dihancurkan lagi. anpa kesepakatan, pembangkang hanya mampu berteriak, berceramah dan bersorak.

Ketiga, politik wang akan lebih disogok, dan segala syarikat multinasional yang untung besar akan dipaksa menderma semula kepada Umno untuk membiayai kempen besar ini. Taktik ugut dan cuba selewengkan fakta seperti dalam kes Memali dan sebagainya akan diteruskan.

Politik ugut dan politik umpan merupakan strategi lapuk Umno untuk terus mempertahankan kuasa.

Umno tidak mampu kehilangan sebuah negeri lagi, khususnya Selangor. Cukuplah keperitan kehilangan Ktan dan kemudiannya Trengganu. Segala taktik termasukm buruk dan tidak terduga akan digunapakai kali ini. Bagi Umno, pedulikan soal kecaman ataupun bantahan, termasuk dari dalam negeri.

Ini kerana yang akan teruk nanti ialah Umno dan apabila kuasa sudah hilang, cakap apa pun tak guna lagi.

Oleh itu, pembangkang harus bersedia hadapi pilihan raya akan datang dengan minda terbuka, bahawa kemungkin kekerasan fizikal akan digunakan. Justeru, masa yang ada, yang boleh digunakan untuk mencari formula baru mendepani musibah ini mesti dimanfaatkan.

Jangan syok sendiri bahawa majoriti rakyat bersama kita walaupun banyak program kita terhalang. Kita mesti terus berusaha, terus berceramah, terus membongkar isu, terus berkempen ke peringkat akar umbi, terus memberi penerangan kepada rakyat tentang buruknya sistem dan pemerintahan yang ada, dan ia perlu ditukar dengan sistem dan kepemimpinan yang lebih baik.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com