UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Terima Kasih ZAM Kerana Menghangatkan Suasana Politik Negara

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

Segala akhbar penjilat Umno dan RTM serta TV3 yang dirasuk puaka BN seolah-olah mendapat bonus dengan berota trak polis yang dibakar dalam majlis ceramah PAS di Kuala Ketil beberapa hari lalu.

Lalu, mereka mengulas berkajang-kajang dan penuhlah siaran berita RTM dan TV3 dengan propaganda jijik penjilat ini Mahathir ini. Bagi ZAM dan konco-konconya di Utusan dan Berita Harian (apatah lagi RTM dan TV3), inilah peluangnya untuk mereka membuat pukulan maut kepada pembangkang. Maka bersorak-sorailah mereka mendapat bahan eksklusif ini.

Rupa-rupanya ZAM dan pengarang akhbar penjilat Umno ini terus khayal dalam dunia ciptaan mereka. Mereka ingat semudah itu untuk menipu rakyat yang sudah jelak dengan segala penyelewengan BN. Mereka ingat sesenang itu segala imej buruk tentang Umno dan BN dapat dipulihkan dalam waktu singkat.

Bagi saya, apa yang dilakukan oleh ZAM ini ada manfaatnya untuk pembangkang. pertama, ia dapat menghangatkan suasana politik negara. Rakyat yang selama ini sudah tak ambil pusing tentang isu semasa menjadi bertambah minat untuk mengetahui isu-isu dan perkembangan di sekitar mereka, termasuk hal trak dibakar, apakah mengundi PAS dapat pahala serta kecaman Ustaz Fadzil kepada ucapan Mahathir yang menghina ulamak di Ney York baru-baru ini.

Terima kasih ZAM kerana memainkan isu-isu yang sebenarnya sensitif kepada kerajaan seperti mengungkitkan hal Memali. Memali adalah petanda kezaliman yang cukup memuncak oleh BN terhadap ulamak, sehingga sanggup membunuh seorang tok guru bersama belasan pengikutnya. Memali juga mengungkap kembali keganasan pihak polis sehingga ada tahanan Memali di bawah ISA yang diterajang dan ditendang sehingga lumpuh dan akhirnya mati.

Memali adalah kes politik bilamana Ustaz Ibrahim Libya ingin ditanmgkap di bawah ISA dan beliau menentang dengan darah dan nyawa sebagai taruhannya. Di kala orang sekarang menentang ISA dengan memorendum dabn antahan, ataupun tunjuk perasaan Ustaz Ibrahim menentangnya dengan nyawa dan darah. Oleh itu kalau ada pihak yang mahu memberi anugerah khas kepada penentang ISA, maka saya cadangkan tokoh itu adalah Ibrahim Libya!

Begitu juga apabila akhbar dan TV membesarkan soal apa yang didakwa keganasan penyokong PAS kepada polis. Pertama, belum pun dibuktikan yang penyokong PAS bertindak ganas membakar trak itu kerana trak polis berada dalm kawalan polis ketika itu.

Kedua, isu di sini wajarkah perhimpunan aman politik pembangkang dihalang secara ganas dan keras sehingga terpaksa ditembak gas pemedih mata dan disembur air gatal, serta sebahagian hadirin dipukul polis. Tidak pernah pun perhimpunan anjuran PAS sebelum ini, walaupun dihadiri lebih 100,000 orang yang mencetuskan keganasan.

PAS adalah parti yang bertanding dalam pilihan raya dan mahukan imej bersih di kalangan pengundi. Dalam kempen, PAS akan berkunjung dari rumah ke rumah merayu undi. Jadi tentu tidak logik PAS yang akan kembali menemui rakyat setiap empat tahun sekali akan bertindak sesuatu yang boleh memburukkan imejnya.

Apa pun, yang ingin saya sebutkan di sini, segala video klip Memali ataupun tentang Taleban, dari satu segi boleh merangsang minat politik rakyat, dan ini amat baik untuk senario politik tanahair.

terima kasih ZAM






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com