UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Zam Buatkan Orang Ramai Makin Meluat dengan Umno

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

Bukan lagi naik jelak dan memualkan bila menonton berita TV1, tapi saya merasa lucu melihatkan bagaimana Khalil Yaakob, Menteri Penerangan dan timbalannya Khalid Yunus boleh diperbodohkan oleh Setiausaha Parlimen, Zam.

Seolah-olah tak ada perkembangan dalam negara ini, melainkan isu trak polis dibakar dan kejadian memali 17 tahun dulu. Penuh berita sampai setengah jam dibazirkan oleh pemikiran gila Zam. Kalaupun nak buat propaganda bantai pembangkang khususnya PAS, Zam patut guna otak sikit supaya propaganda itu nampak halus dan real, serta boleh pengaruhi pemikiran rakyat.

Ini tidak, segala-galanya mahu disumbatkan ke dalam otak penonton sehingga orang jadi muak dan akhirnya marah. Bukan marah kepada PAS tetapi marah kepada pemerintah Umno yang begitu mabuk kuasa dan cukup takut kuasa itu hilang dari tangan mereka.

Zam dan konco-konconya yang diperbodohkan fikir jika Memali itu diulang-ulang maka rakyat akan terpengaruh dengan dakyah bahawa PAS itu jumud, pelampau dan sanggup buat apa saja termasuk bunuh polis. Sedangkan orang ramai pun boleh fikir sejenak tentang apa yang berlaku, mereka boleh menilai sendiri, dan tidak perlulah hendaklah disogok untuk ditelan mentah-mentah.

Lagi pula berita TV1 itu hanya mengulangi balik apa yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia, tiada penemuan baru atau analisis menarik, selain menemubual apa yang dikatakan 'orang ramai' untuk terus mencemuh PAS dan menyokong BN.

Zam masih memikirkan bahawa rakyat boleh diperbodohkan mengikut kehendak hatinya. Sebab itu makin dibantah, makin halang, maka Zam seperti dirasuk hantu, terus-terusan klip Memali itu diulang dan diulang seperti mahu mencabar pihak yang mahukan tayangan itu dihentikan.

Zam dengan bangga menyatakan bahawa faktor kekalahan Umno dalam pilihan raya lalu kerana Umno banyak berlembut dan tidak menggunakan media untuk menyerang pembangkang. Maka dicadangkan agar pendekatan agresif digunakan untuk menyerang pembangkang dan sesiapa saja yang menyokongnya. Inilah juga yang dipakai oleh Dolah Kok Lanas, yang selalu sangat memuji tindakan keras dan ganas Lee Kuan Yew dalam menghapuskan musuh-musuh politiknya.

Umno seperti kehilangan modal untuk menyerang PAs sehingga isu yang sepatutnya hanya tinggal dalam lipatan sejarah tidak disebut-sebut lagi. Pihak polis sendiri mahu PAS tidak mengingatinya lagi seperti mengadakan majlis tahunan memperingati tragedi berdarah di memali. Apatah lagi kes ini sedang dinanti sebutannya di mahkamah, jadi tidak eloklah ia disebut secara tidak beradab seperti yang dilakukan oleh Zam.

Untuk pengetahuan Zam, rakyat sekarang tidak lagi bodoh dan menganggap segala yang keluar dari TV adalah benar belaka, malah mereka mengaanggap semua stesen TV berperanan seperti bilik gerakan BN. Tak ada sesuatu apa pun yang boleh dipercayai, kecuali keputrusan empat nombor ekor, tak percaya tengolah filem Lagi-Lagi Semario, arahan Aziz M Osman!






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com