UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Bekas Mursyidul-Am Ikhwan Libya dihukum bunuh

Oleh : Salman AL Munziri

London: Jamaah Islamiyyah (Ikhwanul Muslimin) Libya hari ini mengumumkan bahawa dua orang pemimpinnya telah dijatuhi hukuman mati oleh sebuah mahkamah di Tripoli.

Jurucakap jamaah berkenaan yang mengadakan sidang akhbar di London turut menyebut bahawa salah seorang daripadanya adalah tokoh yang memiliki ijazah kedoktoran di bidang nuklear. Beliau ialah Dr Abdullah Izzuddin, bekas Muraqib Am Jamaah Islamiyyah (Ikhwanul Muslimin) Libya. Dr Abdullah juga merupakan professor Fakulti Kejuruteraan Universiti Al Fateh, Tripoli.

Seorang lagi ialah timbalannya, Dr Salim Bu Hanak. Beliau merupakan ketua Jabatan Kimia di Fakulti Sains Universiti Qar Yunus di bandar Banghazi.

Selain mereka berdua, 10 orang ahli majlis syura jamaah berkenaan dihukum penjara seumur hidup. 70 yang lain dijatuhi pelbagai hukuman yang lebih ringan daripada itu kerana kesalahan menyertai Ikhwanul Muslimin. Mahkamah berkenaan juga turut membebaskan 70 yang lain daripada sebarang tuduhan.

Mereka ditahan sejak awal tahun 1998 dan perbicaraan dimulakan pada bulan Mac tahun lalu.

Kerajaan Libya di bawah pimpinan Muammar Gadafi, seorang yang berpegang dengan fahaman 'Kitab Hijau' yang mirip kepada fahaman sosialisma yang menyeleweng daripada Islam, telah mengharamkan jamaah Ikhwanul Muslimin yang dianggap mengancam kuasa tampuk pemerintah sejak tahun 1972.

Sumber berkenaan yang mendapatkan berita daripada sanak saudara tertuduh menyatakan bahawa perbicaraan di jalankan di bangunan Akademi Polis Libya di Kem Al Takbaly, Tripoli. Mereka tidak dibenarkan mengikuti pebricaraan.

Al Jazeerah melaporkan, bahawa setakat ini tiada pengumuman rasmi daripada kerajaan Libya mengenai penghakiman yang dibuat.#






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com