UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kalau Tayang Memali Untuk Tonjolkan Fakta Sejarah, Kenapa Tidak Tayang Peristiwa 13 Mei

Oleh : TAUFEK YAHAYA

KENYATAAN MEDIA

PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh hasrat PAS Pusat untuk mengemukakan tindakan sivil ke atas RTM kerana menyiarkan klip video Memali dan menjadikan insiden malang itu sebagai bahan propaganda untuk memburuk-burukkan PAS.

Sehubungan itu, PAS Wilayah menyifatkan kenyataan Presiden PAS itu sebagai satu ‘wake-up call’ kepada Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat supaya lebih proaktif dan responsif dalam menghadapi kempen-kempej fitnah media massa tunggangan BN.

PAS Wilayah juga mencabar Menteri Penerangan merangkap ‘Menteri Propaganda BN’, Datuk Khalil Yaakob supaya menayangkan kembali klip video dan bahan-bahan siaran berhubung tragedi 13 Mei untuk pengetahuan generasi muda.

Tragedi 13 Mei 1969 itu menunjukkan bagaimana rusuhan yang dilakukan ahli-ahli dan pemimpin Umno di Kuala Lumpur telah mengakibatkan huru-hara dan negara diisytiharkan dalam keadaan darurat. Dalam tragedi itu, ramai nyawa yang terkorban, deretan bangunan rumah kedai dibakar, kenderaan diterbalikkan dan harta benda awam turut dimusnahkan.

Tragedi 13 Mei itu hampir diulangi menerusi perhimpunan Pemuda Umno di Stadium TPCA pada 1987. Perasaan perkauman yang melampau telah dibakar oleh para pemimpin Umno ketika itu termasuk yang berjawatan Menteri Kabinet.

Jika Khalil beranggapan generasi muda perlu didedahkan dengan Peristiwa Memali, beliau harus juga berani menayangkan kembali rusuhan 13 Mei yang digerakkan sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Umno guna mengingatkan generasi muda tentang bahaya semangat perkauman melampau dalam negara berbilang bangsa dan agama.

TAUFEK YAHYA
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan

Dikeluarkan di Kuala Lumpur
Pada 15 Februari 2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com