UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




SERANGAN KE ATAS POLIS DI BALING

Parti Rakyat Malaysia (PRM) merasa bimbang terhadap tuduhan mengenai tindakan-tindakan menyerang polis dan membakar kenderaan polis di Baling pada Ahad malam 10hb Februari, sebagaimana yang dilaporkan oleh media. Kami tidak mengetahui serius manakah serangan ini. Walau apa pun ia tidak seharusnya berlaku.

OCPD Baling Supt Hassan Ismail mendakwa bahawa penyerang “merancang tindakan” tersebut. Kami menggesa supaya beliau mengemukakan bukti kukuh sebelum membuat dakwaan. Seandainya serangan itu dirancang, bolehkah pihak polis membuktikan siapa penyerang itu? Adakah mereka anggota atau penyokong PAS yang bertindak dengan pengetahuan parti? Atau mungkinkah mereka “agen provokasi” yang direstui oleh Cawangan Khas atau “Jabatan Main Kotor”?

Kami memang sudah biasa dengan cara-cara yang digunakan oleh polis pada tahun 60an. Ketika itu tindakan-tindakan “agen provokasi” diselaraskan untuk membolehkan polis mengaitkan mereka dengan Fron Sosialis dan pemimpin pentingnya masa itu. Setelah kaitan ini dibuat, tidak kira dengan bukti cukup atau tidak, polis bergerak untuk menahan para pemimpin ini dan menutup bahagian-bahagian parti dalam SF.

Kami bimbang kini pemerintah, dengan menggunakan segala jentera dan alat yang ada, cuba hendak mengulangi sejarah. Dulu pemerintah mendakwa mereka memerangi komunis, dan sekarang mereka hendak melawan Islam militan pula. Dulu Fron Sosialis menjadi sasaran kerajaan (dulu Perikatan) sebab ia merupakan saingan hebat kepada Perikatan dalam arena politik. Sekarang nampaknya sasaran utama pemerintah BN ialah PAS, yang dianggap sebagai saingan UMNO yang terkuat. Adakah pemerintah sekarang ini cuba hendak memusnahkan PAS dan seterusnya BA dengan menggunakan cara-cara zalim yang serupa?

Pemerintah menjalankan kempen media berterusan 24 jam sehari tiap-tiap hari untuk memfitnah BA (khususnya PAS dan keADILan). Mereka bebas untuk mengadakan perhimpunan serta sambutan besar-besaran, dengan menggunakan wang rakyat dan menjemput Yang Di-Pertuan Agong hadir, untuk mempopularkan diri. Mengapakah ceramah-ceramah parti pembangkang disekat oleh polis?

Pemimpin-pemimpin BA telah beberapa kali menulis surat kepada Ketua Polis Negara untuk berbincang tentang sekatan ceramah dan hal-hal mengenai keselamatan. Mengapakah sehingga sekarang beliau tidak mahu memberi apa-apa jawapan? Kami percaya sekiranya polis memberi permit, bertindak secara adil serta lembut terhadap mereka yang dianggap sebagai penentang pemerintah, tidak ada peristiwa buruk akan berlaku dalam mana-mana perhimpunan aman yang mereka anjur.

Akhirnya, kami menggesa supaya Jawatankuasa Penyiasat yang bebas segera dibentuk untuk menyiasat sedalam-dalamnya peristiwa yang berlaku di Baling itu.

Dr Syed Husin Ali
PRM President
12th February 2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com