UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PM MESTI MEMULAKAN PEMBERSIHAN RAPI KE ATAS SEGALA KRORUPSI KORPORAT DAN POLITIK

Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di London bahawa terdapat salah guna wang dan salah urusan dalam syarikat Perwaja serta MAS, dan sebarang kesalahan akan menghadapi akibat di mahkamah.

Nampaknya, siasatan ke atas Tan Seri Tajuddin Ramli bermula segera selepas pengurusan baru MAS membuat laporan polis. Tetapi, berapa lamakah sebelum kes ini sampai ke mahkamah? Berhubung PERWAJA, siasatan berlarut sampai kira-kira lima tahun. Tidak lama selepas Pengarah BPR yang lalu mengumumkan badan itu hampir berjaya dalam siasatan antarabangsa, beliau telah ditukar dan diganti dengan seorang pegawai polis. Sehingga kini Tan Seri Eric Chia masih belum disentuh oleh BPR lagi. Seperti diketahui, BPR adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Bekas TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pemuda BA dengan pimpinan Sdr Ezam Md Noor, ketua pemuda keADILan, dan PRM juga telah membuat laporan kepada polis dan BPR mengenai salah guna wang dan kuasa terhadap dua tokoh di atas dan ramai lagi. Bahkan sdr Anwar dan Ezam telah membuat laporan polis berkali-kali terhadap Datuk Seri Rafidah Aziz dan Tun Daim Zainuddin. Mengapakah tidak ada penyiasatan atau tindakan terhadap mereka?

Dr Mahathir berkata dia akan bertindak walaupun terhadap kroni. Jikalau benar, kami memuji. Sebuah tabloid yang dikuasai pemerintah baru-baru ini melaporkan selepas Tajuddin, tindakan akan diambil terhadap Halim Saad, bekas ketua RENONG dan Tan Seri Rahman Maidin, bekas ketua MRCB. Akan tetapi, nama-nama ini selalu dikaitkan dengan Daim sebagai kroninya. Kami berharap tindakan tidak diambil terhadap mereka hanya kerana Daim sudah tidak bersama dengan Mahathir lagi. Untuk membuktikan bahawa tidak ada penganiayaan ke atas sebelah pihak saja, seperti disebut oleh DPM Datuk Seri Abdullah Badawi, siasatan segera hendaklah dilakukan juga terhadap mereka yang rapat dengan PM. Aduan demi aduan telah dibuat terhadap Mirzan Mahathir dan Rafidah. Bilakah polis dan BPR akan bertindak?

Atau adakah mereka akan dilindungi sebagaimana PM melindungi Eric Chia sebegitu lama? Atau apakah alasan-alasan baru akan diberikan sebagaimana dibuat oleh PM untuk menjelaskan mengapa tindakan terhadap PERWAJA begitu lambat sekali?

PRM berharap Mahathir bukan semata-mata hendak menyedapkan hati dan mengalih perhatian pendengarnya di London. Kami juga berharap kenyataannya tidak didorong oleh politik, sebagai satu lagi persediaan untuk menghadapi pilihanraya akan datang, yang mungkin diadakan lebih awal. Sekiranya PM benar-benar ikhlas dan tegas, beliau harus memulakan pembersihan menyeluruh ke atas semua salah guna wang dan kuasa yang melibatkan tokoh korporat dan politik, termasuk mereka yang diketahui sebagai kroninya sendiri. Beliau harus bermula dengan mengarahkan polis dan BPR supaya bertindak segera atas laporan-laporan yang dibuat oleh Anwar dan Ezam.

Dr Syed Husin Ali
Presiden PRM
26hb Febuari 2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com