UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Larangan Memasang 'Kain Rentang' di Mahkamah Persekutuan

Ketika proses rayuan terhadap kes DSAI di mahkamah yang bersidang selama 4 hari bermula pada pagi tadi, ramai para reformis dan penyokong BA berasa terkilan dengan tindakan kasar beberapa anggota polis yang telah merampas kain rentang sebagai menandakan sokongan moral mereka terhadap kes ini.

Kejadian menyedihkan itu berlaku kira-kira pada pukul 5 petang tadi, ketika para pendokong BA sedang menunggu masa DSAI keluar dari mahkamah untuk dihantar semula ke penjara. Dilaporkan sebanyak 2 helai kain rentang telah dirampas di samping sikap pihak polis mengecam para pendokong hanya kerana melaungkan 'reformasi' dan bertakbir.

Bagaimanapun, beberapa orang pendokong telah menyarankan setiap pendokong BA yang ke Mahkamah Persekutuan pada hari-hari berikutnya supaya lebih kreatif untuk meluahkan rasahati mereka. Setiap individu hendaklah menyediakan 'placard' berupa poster atau tulisan kata-kata semangat bagi menggantikan kain rentang yang dilarang itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com