UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




KISAH MEMALI DI RTM - HIKMAH BESAR BUAT PAS

Sesungguhnya kita wajib bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan kuasanya tanpa disedari Kerajaan BN melalui media TV nya telah menyiarkan kembali sejarah perjuangan ahli-ahli PAS seperti di dalam peristiwa Memali. Kita semua tahu, ramai di kalangan pejuang-pejuang muda di dalam PAS ketika ini tidak mengetahui sejarah bahawa PAS pernah melahirkan syuhadak di negara ini.

Apabila RTM menyiarkan kembali sejarah tersebut, ramai di kalangan golongan muda ingin mengetahui sejarah tersebut dan mereka ingin mendapatkan penjelasan sebenar peristiwa tersebut dari pemimpin-pemimpin PAS. Mereka tahu, tidak ada lagi maklumat yang boleh dipercayai dari media kerajaan kerana banyak bukti menunjukkan media-media kerajaan berbohong. Justeru itu, semakin kerap ditayangkan peristiwa tersebut, semangat berjuang golongan-golongan muda Islam ini semakin tebal. Peristiwa Memali akan menjadi pencetus semangat pejuang-pejuang muda Islam ini. Mereka sendiri dapat melihat bagaimana bukan pengikut-pengikut As-Syahid Ibrahim Libya yang datang menyerang mana-mana Balai Polis atau merompak mana-mana kem tentera seperti Kumpulan Al-Maunah, tetapi sebaliknya mereka sendiri melihat melalui TV yang datang menyerang adalah trak-trak dan kereta perisai Polis beserta senjata api. Manakala, penyokong-penyokong PAS hanya menggunakan parang dan kayu bagi mempertahankan diri. Mana lojiknya, mereka ingin menentang kerajaan secara kekerasan dengan hanya menggunakan parang dan kayu?

Sedutan peristiwa Memali yang disiarkan itu sememangnya benar-benar berlaku, tetapi ulasan serta wawancara yang dilakukan semasa siaran peristiwa tersebut adalah merupakan `nasi tambah' bagi menyedapkan cerita. Oleh kerana peristiwa Memali telahpun di popularkan semula oleh RTM, maka seharusnya lah pemimpin-pemimpin PAS mengambil kesempatan di atas populariti kisah tersebut. Kisah separuh jalan peristiwa Memali yang disiarkan oleh RTM tersebut, hendaklah dikisahkan sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin PAS di dalam setiap siri ceramah mereka.

Pemimpin-pemimpin PAS, KeADILan dan PRM seharusnya menanamkan prinsip "Berceramahlah sebanyak mungkin seolah-olah esok pilihanraya". Kita semakin hampir menuju kemenangan setelah BN kelihatan tidak tentu arah dengan perebutan jawatan di dalam parti-parti komponen mereka. LAWAN TETAP LAWAN!!

FAIRULLIZA NS






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com