UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




DEBAT: USAH DI PELAWA `SPESIS' PENAKUT INI

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pemuda KeADILan Nasional terutamanya kepada YB Sdr Azmin Ali dan YB Sdr Saifudin Nasation di atas keikhlasan dan keberanian beliau mendedahkan kes rasuah pemimpin-pemimpin UMNO.

Kita juga menyanjung tinggi keberanian Pemuda KeADILan yang mencabar juak-juak murahan Mahathir iaitu Zahid Hamidi dan Hishamuddin (Ketua Pemuda UMNO) untuk berdebat berkaitan isu rasuah tersebut. Kita percaya malahan kita berani `potong jari' atau berani `sembelih lembu' jika 2 orang juak2 UMNO ini berani menyahut cabaran tersebut. Bukan sekali pemimpin-pemimpin UMNO sudah dicabar berdebat samada oleh PAS atau KeADILan, semuanya menghilangkan `kepala' masing-masing. Apa yang mereka berani ialah menjawab di media-media massa mereka kerana sudah tentu hujah mereka tidak boleh dijawab oleh pihak pembangkang. Usahkan hendak berdebat dengan pemimpin-pemimpin pembangkang, berdailog secara terbuka dengan pelajar pun terlalulah kecut perut mereka. Begitulah pemimpin-pemimpin yang ada tinggal dalam UMNO sekarang. Kita syorkan, jika mereka berdua ini merasakan bahawa mereka bukan lagi `anak jantan', suruhlah Puteri UMNO sahaja menyahut cabaran debat tersebut.

Kita tidak hairan mereka-mereka ini begitu jadi penakut kerana `bapak' mereka sendiri Presiden UMNO pun seorang yang penakut juga. Entah berapa kali bercadang untuk berdebat dengan PAS semuanya tidak menjadi kenyataan. Mereka bikin debat olok-olok pun mereka kecundang juga. Begitulah nasib orang yang hendak melawan ayat-ayat suci Al-Quran, mereka gagal untuk melawan hujah-hujah yang diwahyukan Allah SWT. Mahathir sendiri pun menunjukkan `fobia' yang amat takut sekali untuk ke mahkamah hatta untuk menjadi saksi sahaja. Maka, tidak hairanlah kita anak-anak buah dan `zuriat' yang ada pada UMNO ini semuanya penakut. Mudah-mudahan Allah SWT melindungi kita dari dikurniakan zuriat seumpama itu, nauzubillah.

Kepada pejuang-pejuang keadilan dan kebenaran, teruskan membongkar segala penyelewengan mereka dan janganlah terlalu banyak membuang masa mempelawa `orang-orang bisu' yang ada dalam UMNO untuk berdebat. Biarkan mereka semua `bisu dan mengangguk' siang dan malam sehingga saat sakratulmaut mereka. Tugas kita adalah terus bergerak dan aktifkan semula aktiviti-aktiviti penerangan kita tidak kira di mana kerana percayalah `Allah berada di mana-mana'.

FAIRULLIZA NS






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com