UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




BILA DR MAHATHIR MEREPEK

Merujuk kepada artikel Malays insignificant and incompetent: PM yang di poskan dalam forum Umno-Reform keluaran AFP.

Mungkin ramai antara kita dalam UMNO akan terus mengangguk dan bersetuju mengenai apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed. Saya agak terkejut dengan kenyataan tersebut sungguhpun saya belum sempat melayari laman AFP untuk melihat samada ada lanjutan dari apa yang telah di katakan oleh Dr Mahathir. Dalam isu ini beberapa "circumstances" perlu di lihat dan di kaji terlebih dahulu sebelum kita terus melebel Melayu sebagai bangsa yang tidak "insignificant and incompetent".

Ikhlas saya katakan tanah bumi bertuah ini dan kemerdekaan Tanah Melayu ini datang dari Melayu yang dikatakan tidak berguna dan tidak bernilai. Asasnya bumi melayu ini tegak berdiri atas nama kemerdekaan juga hasil dari pengorbanan dan rasa patriotik Melayu terhadap negaranya. Sungguhpun begitu kita tidak boleh bersandarkan sejarah untuk menunjukkan bahawa bangsa kita masih relevan dan bangsa kita ini masih bernilai.

Yang kita perlu ialah untuk melihat setakat mana pencapaian bangsa kita dan apakah benar andai tidak ada bangsa lain di bumi Malaysia ini maka Malaysia akan menjadi negara mundur berbangsakan melayu haprak. Kita juga harus meniti sejarah untuk menilai semula apakah kerajaan Melayu yang ada dari tarikh termenteri kemerdekaan melaksanakan dasar-dasar dan strategi berdaya maju untuk memperkembangkan bangsa melayu tersebut atau sebenarnya langkah dan strategi tersbut hanya melahirkan melayu-melayu yang gugup dan hanya mampu berharap.

Dalam meniti sejarah kita harus juga mengkaji selama mana tamadun bangsa-bangsa lain sudah berkembang berbanding dengan tamadun Melayu di negara ini. Tamudun bangsa Cina yang melewati beratus-ratus tahun kini melahirkan golongan Cina yang merantau ke seluruh pelusuk dunia dalam usaha memajukan diri dan bangsa mereka. Tamudun India juga lahir beratus tahun lebih awal dari Melayu.

Di negara barat yang moden juga kita lihat peniaga-peniaga Cina lebih maju dan lebih aggresif dari mereka. Apakah golongan masyarakat negara barat juga dikatakan insignificant dan incompetant. Kita lihat budaya Cina berkembang secara meluas di seluruh pelusuk dunia sehinggakan di mana-mana negeri kita akan dapati adanya China Town. Kita lihat di USA, United Kingdom, Australia dan negara-negara lain, budaya Cina sudah bertapak di negara mereka.

Serba ringkas dari kita meniti sejarah kita dan patut akur mengenai perkembangan tamadun mereka yang mendahului kita.

Berbalik kepada isu di Malaysia, andai kemunduran Melayu sudah di kenal pasti apakah sebenarnya menjadi penyebab perkara ini berlaku. Mungkinkah kesalahan kita dalam mentadbir negara ini? Siapa pemerintah dan pentadbir negara kita ini? Hakikat juga perlu di ketahui bahawa 20 tahun sudah sehingga ke hari ini, kita di perintah oleh orang yang mengatakan melayu itu tidak relevan dan tidak mempunyai nilai- "insignificant and incompetant". Apakah krateria yang melayakkan beliau mengatakan bahawa bangsa melayu itu hanya melukut di tepian gantang di atas tanah mereka sendiri kerana beliaulah yang menjadi peneraju melayu kala ini dan 20 tahun sebelumnya.

Dr Mahathir juga mengatakan bahawa ;

The prime minister, 76, who has ruled for more than 20 years, said the Malay Muslim community should be open-minded enough to accept what was obvious and the truth.

"What is obvious and the truth now is the insignificance of the Malay Muslims and their incompetence.

dan apakah mungkin saya juga boleh meminta agar beliau menerima hakikat dan membuka minda beliau dan mengakui bahawa sepanjang pentadbiran beliau selama 20 tahun beliau gagal menjana pembangunan bagi melayu khususnya pembangunan minda bagi meletakkan taraf melayu kepada satu taraf yang lebih membanggakan.

Apakah ini satu kenyataan meleset apabila kita hubungkan kenyataan ini kepada kenyataan beliau mengenai "insignificant dan incompetant Malays".

Kita harus sedar 20 tahun memerintah bukannya singkat. Pembaharuan dan peningkatan melayu boleh di kecapi dalam jangkamasa tersebut kalau tidak sehebat Cina tetapi sekurang-kurang tidaklah di hina sedemikian rupa. Mungkin kekurangan dan tindakan yang tidak berkesan kita sebagai pemerintah negara ini menjadi menyebabkan melayu itu dikatakan mundur oleh Perdana Menteri Malaysia. Kalau begitu maka usaha lain perlu di buat dan dilaksanakan bagi menukar status "insignificant and incompetance" kepada more "significant and more competance". Mungkin usaha itu boleh di mulakan dengan perubahan ketua-ketua pemimpin melayu yang gagal membawa melayu melalui proses permodenan yang mampu menyaingi bangsa lain? Mungkin ketua yang sudah 20 tahun memimpin perlu di ubah?

Sehubungan dengan itu saya percaya kita perlu mencermin diri kita sendiri.Tanyakan kepada diri kita selaku kita yang memerintah negara ini, apakah kita yang bertanggung jawab menyebabkan melayu di hina sedemikian rupa. Mungkin tindakan dan pentadbiran kita yang tidak effektif menyebabkan melayu itu sendiri menjadi bangsa hina di tanah sendiri.

Fikirkan, mungkin saya akan mengulas lebih lanjut lagi esok.

Ghazali Mat Dom
Webmaster
Laman UMNO-REFORM






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com