UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Penyelewengan: Bukti pada Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Hrkh) - Timbalan Ketua Pemuda KeAdilan, Saifuddin Nasution mendakwa bekas Ketua Pemuda Umno, Datuk Zahid Hamid mempunyai bukti mengenai dakwaan penyelewengan yang berlaku di dalam kerajaan.

Menurutnya, dakwaan penyelewengan termasuk salahguna kuasa Dato Seri Rafidah Aziz, salahlaku Tan Sri Rahim Thamby Chik, penyelewengan Perwaja dan pembinaan kediaman Perdana Menteri adalah antara kandungan teks ucapan Zahid di Perhimpunan Agung Pemuda Umno pada tahun 1997. "Bagaimanapun Zahid kemudiannya membacakan teks ucapan yang telah diubahsuai semula dalam tempoh 48 jam sebelum ucapannya dalam perhimpunan itu," katanya dalam sidang akhbar di pejabat KeAdilan, Damansara, dekat sini hari ini.

Saifuddin menjelaskan, teks ucapan yang asal mengandungi butiran terperinci mengenai beberapa penyelewengan termasuk beberapa penyelewengan yang mempunyai persamaan seperti yang didakwa dalam 13 laporan polis yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda KeAdilan, Ezam Mohd Noor.

"Ucapan itu merupakan titik tolak berlaku pertelingkahan yang sedang dihadapi sekarang," ujarnya.

Teks ucapan dibahagikan kepada perwakilan pada perhimpunan tahun itu adalah teks yang telah diubahsuai sebelum ucapan itu walaupun teks yang asal telahpun dicetak.

"Dalam proses menyediakan ucapan itu, saya bersama Zahid menemui, antaranya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor (ketika itu), Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Halim Ali (ketika itu),", jelasnya lagi.

Dalam pertemuan tertutup itu, Zahid membangkitkan dan cuba mendapatkan pengesahan maklumat mengenai dakwaan penyelewengan itu sebelum ia dibentangkan dalam mesyuarat Pemuda Umno, terang Saifuddin.

Menurut Saifuddin, antara panel penulis teks asal Zahid ialah, Zainal Kling, Suhaimi Ibrahim (bekas presiden Majlis Belia Malaysia), Saifuddin Abdullah, Dr Zambri Kadir, Nakhaei Ahmad dan Mahadzir Mohd Khir manakala beliau bertindak sebagai Setiausaha.

"Teks itu juga telah dibentangkan dalam mesyuarat exco pemuda yang turut dihadiri oleh Hishamuddin Tun Hussein Onn (Timbalan Ketua Pemuda masa itu), dan ianya diterima sepenuhnya agar pendedahan itu dibuat," katanya.

"Saya mempercayai sepenuhnya bahawa Zahid mempunyai maklumat mengenai penyelewengan yang disebut dalam teks ucapan itu," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Pemuda Umno agar meminta penjelasan daripada Zahid mengenai dakwaan penyelewengan-penyelewengan itu.

Pemuda Umno juga perlu mengemukakan bukti jika sekiranya Zahid tidak mempunyai maklumat mengenai penyelewengan-penyelewengan yang dimasukkkan dalam teks ucapan asalnya, katanya.

"Sekiranya Zahid masih mempunyai bukti-bukti mengenai penyelewengan itu, dia mesti mendedahkannya," ujarnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com