UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Tayangkan semula Memali malukan Musa dan Rais

TEMERLOH, 4 Feb (Hrkh) - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Abdul Wahab Ismail mahu semua peringkat parti bergerak seperti dalam suasana pilihan raya.

Katanya, anggapan pilihan raya lambat tidak seharusnya membelenggu pergerakan sebaliknya memastikan gerakan berjalan mengikut skala pilihan raya. Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Negeri Pahang berkata, parti lawan sudah meningkatkan serangan memburuk-burukkan PAS melalui media sehingga filem lama di tayangkan kembali untuk menyerang PAS termasuk menayangkan ‘Tragedi Memali’.

Ramai berpendapat penayangan semula Tragedi Memali di TV yang diolah untuk kepentingan politik Umno/BN bukanlah sesuatu yang menguntungkan ‘orang Melayu’ sebaliknya akan menimbulkan kesan negatif dan memalukan pihak berkuasa sendiri.

Ini kerana kes tersebut mendedahkan betapa lembabnya sistem keadilan di negara ini kerana kes saman isteri-isteri mereka yang dibunuh belum dibicarakan di mahkamah walaupun hampir 18 tahun tragedi itu berlalu.

Penayangan semula tragedi itu boleh memalukan Pengerusi Suhakam Tan Seri Musa Hitam yang menjadi Menteri Dalam Negeri ketika tragedi itu.

Ia juga seharusnya memalukan Dato’ Dr Rais Yatim yang menjadi Menteri Penerangan semasa tragedi dan kini beliau adalah Menteri Undang-undang.

Malah, Rais digesa campur tangan bagi menyegerakan perbicaraan kes tersebut kerana beberapa saksi penting masih hidup.

Sementara itu Orang ramai menyifatkan RTM di bawah pimpinan Tan Seri Mohd Khalil sudah melampau batas sehingga RTM kini sudah menjadi jentera penerangan parti politik.

Mereka mahu RTM kembali kepada fungsi asal ia itu memupuk perpaduan rakyat dan penyediakan rancangan yang sesuai di tonton oleh segenap lapisan masyarakat dengan membuang semua program berbentuk propaganda parti politik.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com