UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Singapura harus hormati hak pelajar Muslim

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Hrkh) - Parti KeADILan Nasional menggesa kerajaan Singapura memahami budaya dan menghormati hak pelajar Muslim untuk memakai tudung di sekolah.

Naib Ketua Pemuda KeADILan, Low Chee Chong berkata, jika Singapura sebuah masyarakat majmuk sebagaimana yang dinyatakan oleh pemimpin negara itu, ia harus menghormati pengamalan budaya oleh golongan yang berbeza dari segi kaum atau agama. "Ini kerana, sebuah masyarakat majmuk bersifat inclusive, dan bukannya exclusive," katanya dalam satu kenyataan ke pejabat Harakah hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan kenyataan Perdana Menteri Singapura Goh Chok Tong, bahawa ibu bapa yang bertegas dalam pemakaian tudung disifatkan sebagai `bermain politik'.

Mengulas kenyataan itu, Low menyifatkan tuduhan seumpama itu tidak adil bagi ibu bapa yang berkenaan kerana mereka hanya mempertahankan hak budaya mereka.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan Singapura tidak patut mempolitikkan isu tersebut.

"Kita ingin mempertikaikan bagaimana kerajaan Singapura boleh menyifatkan negara itu sebagai masyarakat yang majmuk jika perkara kecil ini pun disekat?," soal beliau.

Tambahnya lagi, Pemuda KeADILan tidak berniat untuk campur tangan dalam pentadbiran negara jiran.

Namun, katanya, kejadian tersebut harus diberikan perhatian oleh kesemua pihak kerana ia telah melanggar hak asasi manusia.

"Kerajaan Singapura tidak harus terlalu melenting atau sensitif terhadap komen pihak yang lain, sebaliknya ia harus membuat penilaian serta pertimbangan yang rasional tentang apa yang sedang dilakukan olehnya,"ujarnya.

Isu "tudung" ini dibangkitkan setelah empat orang murid sekolah rendah memulakan tahun pertama persekolahan mereka dengan memakai tudung, yang tidak termasuk dalam kod pakaian seragam.

Dua daripada mereka diberi sehingga ke hari ini untuk tidak memakai tudung, seorang lagi telah dikeluarkan oleh ibubapanya daripada sekolah tersebut manakala seorang lagi diberi kaunseling untuk mengikut kod pakaian seragam sepenuhnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com