UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Polis hanya berani kepada yang lemah

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Ustaz Azizan Abd Razak menyifatkan pasukan polis hanya berani kepada yang lemah sahaja dan takut kepada yang kuat.

Kes pendatang Afrika: Ini berikutan dari kenyataan polis bahawa mereka membiarkan pendatang asing Afrika yang ditangkap lari dari Balai Polis kerana takutkan mereka yang berbadan besar. Sedangkan, kata Ustaz Azizan dalam masa yang sama polis berbuat apa sahaja kepada para penyokong pembangkang terutama di Kedah kerana mereka insan yang lemah.

Sehubungan itu, beliau membantah keras terhadap sikap lemah polis mengenai kes pendatang tanpa izin dari Afrika yang melarikan diri semasa dibawa ke kem tahanan Kemayan, Negeri Sembilan.

Dalam satu kenyataannya, beliau berkata, kejadian pendatang tanpa izin dari Afrika yang melarikan diri semasa di bawa dari Kuala Lumpur ke kem tahanan Kemayan Negeri Sembilan begitu mengejutkan rakyat.

Ini, katanya, menggambarkan mengenai kelemahan sistem keselamatan negara.

Mengikut lapuran, kata beliau lagi, seramai 120 orang tahanan dari Afrika telah keluar meninggalkan lori polis dengan menuju ke berbagai arah tanpa mengindahkan arahan polis.

Kejadian ini berlaku di kawasan Balai Polis Air Hitam Negeri Sembilan. Polis, katanya, tidak mampu berbuat apa-apa.

Menurut Ustaz Azizan, apa yang memalukan, pihak polis trafik yang diminta memberi bantuan menangkap pendatang tanpa izin tadi mengatakan mereka takut untuk membuat tangkapan kerana pendatang tadi semuanya berbadan besar dan garang terhadap polis.

"Sikap polis ini memberi erti bahawa mereka hanya berani menangkap dan menahan orang bertubuh kecil lebih-lebih lagi yang tidak melawan. Maka sebab itu tidak peleklah mereka begitu ganas terhadap ahli parti pembangkang kerana mereka berbadan kecil dan tidak melawan. Maka mereka boleh dipukul, diterajang sesuka hati," kata beliau.

Kalau inilah sikap polis, katanya, bayangkan apa akan terjadi kepada negara di masa depan.

Kejadian yang berlaku ini, kata Ustaz Azizan, sudah cukup untuk polis menilai kerdibiliti mereka di mata rakyat dan PAS membantah keras sikap lemah dan tidak bertanggungjawab polis ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com