UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ulama' 'makan gaji' keliru soal dosa, pahala

PASIR MAS, 4 Feb (Hrkh) - Ramai tokoh ulama' di negeri ini kesal dengan kenyataan yang disifatkan beragenda dan berkepentingan 'makan gaji' segelintir ulamak kerajaan di negara ini mengenai isu pengundi mendapat pahala apabila mengundi kerajaan mahu mendaulatkan Islam.

Mereka berkata, ulama' yang bertaraf mufti dan anggota majlis fatwa lebih mengutamakan status kedudukan daripada memperkatakan hakikat sebenar mengenai agama. Malah katanya, persoalan pahala dan dosa bagi rakyat yang memilih kerajaan mahu melaksanakan Islam boleh difahami secara mudah oleh kanak-kanak di peringkat pra persekolahan lagi.

Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Ustaz Mohamad Mustafa berkata, persoalan dosa dan pahala adalah perkara jelas dan tidak perlu disembunyikan di sebalik agenda lain.

Katanya, isu itu tidak mempunyai sebarang kekeliruan kerana asas fiqah mengenai dosa dan pahala bagi mereka yang mahu kepada kerajaan mendaulatkan Islam adalah jelas.

"Kenyataan sesetengah ulama' makan gaji mengenai perkara itu menggambarkan sikap ketidakjujuran mereka terhadap ilmu yang dimiliki sendiri.

"Sekiranya ada di kalangan mereka yang mahu berhujah, ia perlu dilengkapkan dengan nas-nas al Quran dan Hadis dan bukannya membuat kenyataan umum yang tersembunyi," katanya.

Pelbagai pihak mengulas kenyataan awal Menteri Besar Kelantan berhubung pengundi yang mengundi PAS bagi mendaulatkan Islam di negeri ini akan mendapat pahala dengan lojik akal semata-mata.

Akhbar bertarikh 24 Januari lalu, memetik kenyataan Mufti Kerajaan Kelantan Dato' Hasbullah Mohd Hassan sebagai berkata, umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai hukum termasuk soal pahala yang diberi Tuhan kepada manusia.

Menurut mufti berkenaan, tidak semestinya tidak undi PAS tidak dapat pahala tetapi mungkin undi yang lain dapat pahala.

Manakala akhbar bertarikh 29 Januari pula melaporkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengingatkan syurga dengan sokongan kepada orang tertentu adalah menyalahi ajaran Islam dan harus dihentikan bagi mengelakkan kekeliruan umat.

Pengerusinya, Dato' Dr Ismail Ibrahim dilaporkan berkata, tindak tanduk demikian termasuk perbuatan menyebarkan ajaran salah atau menyeleweng.

Presiden Umno, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad pula membidas Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan mengatakan seolah-olah Menteri Besar Kelantan itu bertindak sebagai Tuhan yang boleh menentukan dosa pahala seseorang.

Ustaz Mohamad yang juga anggota parlimen Peringat mengingatkan pihak terbabit usah banyak berselindung di sebalik kenyataan mereka kerana hujah asal Mursyidul Am PAS cuba dikelirukan.

Katanya, soal dosa dan pahala terhadap setiap perbuatan adalah jelas sebagaimana disebut dalam al Quran dan Hadis.

"Pemikiran yang cuba memisahkan soal dosa dan pahala adalah jelas bercirikan sekular," katanya.

Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Rantau Panjang, Ustaz Hussin Ibrahim berkata, memberi undi kepada parti yang memerintah untuk mendaulatkan Islam adalah jelas mendatangkan kebaikan.

Katanya, parti yang menang dan melaksanakan tuntutan agama dengan mencegah perkara mungkar akan diberi balasan pahala.

"Perkara mungkar seperti riba, judi dan hiburan bebas adalah benda mungkar yang mesti ditegah.

"Dan apa yang dilakukan kerajaan Kelantan sejak 1990 adalah mengharamkan perkara mungkar tersebut. Dan ini secara tidak langsung rakyat yang mengundi kerajaan berkenaan akan mendapat kebaikannya (pahala)," katanya.

Menurutnya, PAS menyeru umat Islam melakukan kebaikan dan mencegah perkara mungkar.

Sehubungan itu, beliau kesal dengan segelintir tokoh yang dilabel sebagai ulamak kerajaan lebih mementingkan kedudukan berbanding menyatakan kebenaran.

Seorang guru agama lepasan Universiti Al Azhar, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, persoalan dosa dan pahala adalah perkara jelas yang tidak perlu dikelirukan dengan kenyataan berbelit.

Katanya, kenyataan awal yang dikeluarkan Menteri Besar Kelantan berhubung isu undi parti yang melaksanakan Islam mendapat pahala adalah perkara 'simple' yang difahami dengan mudah.

"Isu ini tidak pernah mengelirukan dan jelas difahami oleh orang Islam yang ikhlas untuk mendaulatkan agamanya dan bukan berkepentingan kebendaan dan kedudukan," tambahnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com