UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Dr Mahathir dipelawa jadi pelajar Pasti

SUNGAI PETANI, 6 Feb (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Haji Mahfuz Haji Omar mempelawa Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi 'pelajar Pasti' untuk mengetahui keadaan sebenar.

Sebagai pelajar, katanya, beliau boleh menilai apakah pembelajaran diajari di kelas kerana selama ini beliau hanya mendengar lapuran yang berikan oleh orang bawahannya. "Dewan Pemuda PAS Pusat sanggup membiayai yuran setahun kepada Dr. Mahathir untuk menjadi pelajar Pasti. Beliau boleh masuk kelas tanpa membawa alat tulis atau buku sebaliknya video untuk merakam kata-kata guru atau tindak tanduk guru yang dikatakan memupuk perasaan benci terhadap kepimpinan negara, " ujarnya sewaktu berucap di majlis Tabaru'at Makan Bersama Pemimpin anjuran Lajnah Ekonomi Dewan Pemuda PAS Kedah.

Tambahnya lagi, beliau boleh memilih mana-mana Pasti samada di sekitar Kubang Pasu atau di mana jua.

Pasti juga katanya, tidak menyimpang jauh dari sistem pembelajaran yang diajarkan di Tadika sebaliknya hanya berkelebihan mengutamakan pendidikan awalan Islam.

"Pasti juga ada Bahasa Inggeris, Matematik, Sains selain Bahasa Arab, Jawi, hafalan ayat dan doa. Apakah itu salah dan bertentangan dengan dasar pendidikan negara," soalnya.

Apa yang penting ialah semua jentera parti kena menerangkan gambaran jelas kepada masyarakat bahawa Pasti tidak melakukan perbuatan sia-sia bahkan masyarakat harus berterimakasih pada kewujudan Pasti kerana dapat mendidik anak-anak mereka ke jalan yang lurus.

Bukan itu sahaja malahan kewujudan Pasti sambung Haji Mahfuz, dapat membantu kerajaan mengatasi masalah pengangguran.

"Jentera parti kena turun membantu memberikan gambaran kepada semua masyarakat supaya hilang kekeliruan yang cuba dimainkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), "tegasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com