UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Tindakan Singapura cabul kebebasan beragama - Muslimah

TANAH MERAH, 6 Feb (Hrkh) : Umat Islam seharusnya berasa bimbang terhadap keputusan Kerajaan Singapura yang menggantungkan persekolahan tiga orang pelajar negara berkenaan yang bertudung kerana tindakan berkenaan telah mencabul hak asasi serta kebebasan beragama.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Senator Zailah Mohd Yusof, berkata tindakan kerajaan republik itu bukan sahaja mencemarkan maruah Islam, sebaliknya berlaku tidak adil terhadap umat Islam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tiga orang pelajar dari Sekolah Rendah White Sands, Pasir Ris, yang digantung persekolahan mereka kerana bertudung.

"Umat Islam di negara ini juga akan menghadapi krisis yang sama sekiranya kesucian agama tersebut tidak dijaga, apa lagi golongan ulamak sentiasa dikecam oleh pihak anti Islam," ujarnya.

Zailah yang melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan itu seterusnya mengharapkan pemimpin kerajaan republik itu menarik balik sekatan yang dilakukan terhadap tiga orang pelajar terbabit.

Menyentuh tentang dakwaan pemimpin Singapura yang mendakwa kanak-kanak belum akil balikh, beliau berkata Islam menekankan pendidikannya sejak kecil.

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya, bahkan Rasulullah sendiri mengingatkan betapa perlunya kanak-kanak diajar menunaikan solat sejak berusia tujuh tahun," ujarnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com