UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Dedah Kotak Rahsia BN : Azmin Tunai Janji Indera Kayangan

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Hrkh) – Presiden Parti KeADILan Nasional Azmin Ali akhirnya membuka kotak rahsia yang mendedahkan penyelewengan ahli kabinet Barisan Nasional dan antara yang terlibat adalah Menteri Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa Datuk Seri Rafidah Aziz, bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan tokoh korporat Mirzan Mahathir.

Beliau berbuat demikian selepas satu sesi solat hajat bagi mendoakan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di Markaz Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, anjuran Barisan Alternatif (BA) kawasan Gombak malam tadi. Antara pendedahannya, Azmin membacakan fail mengatakan bahawa pada 9 Julai 1999 DSAI ada membuat laporan polis mengenai Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang tidak boleh digunakan oleh pemerintah untuk menekan Parti Pembangkang atau rakyat yang ingin mendedahkan amalan rasuah.

Selanjutnya beliau menjelaskan, semangat OSA adalah untuk melindungi keselamatan negara, perisikan atau pertahanan yang tidak boleh didedahkan kepada umum.

Menurut beliau, pendedahan rasuah yang diamalkan dan lain-lain tiada kena mengena dengan OSA, kerana ia lebih menguntungkan pihak terbabit.

Beliau menyebut tentang laporan DSAI pada 20 Ogos 1999 tentang OSA, dokumen yang amat ditakuti oleh Perdana Menteri kerana beliau memberi perlindungan melibatkan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa menteri, maka tidak timbul pendedahan dibuat yang boleh menghuru-harakan negara seperti yang didakwa oleh pihak kerajaan.

Menurut Azmin, laporan DSAI itu mendedahkan kononnya DSAI adalah pengkhianat negara kerana menyimpan rahsia kerajaan atau dokumen keselamatan negara.

“Tidak cukup dengan itu, mereka (pemimpin) memunggah khazanah negara untuk kepentingan peribadi, kroni dan keluarga serta menzalimi rakyat.”

Justeru beliau mencabar Ketua Pemuda UMNO Datuk Hishamuddin Hussein untuk mengadakan debat secara terbuka tanpa syarat untuk mempertahankan menteri yang terlibat dengan amalan rasuah.

Menurut Azmin laporan polis DSAI di Balai Polis Dang Wangi 20255/99 bertarikh 9 Julai 1999, Rafidah selaku Pengerusi Jawatankuasa pembahagian saham telah meluluskan 1.5 juta saham kepada menantunya Fazreen menerusi Leather Universal Holding, walaupun Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mencadangkan hanya 250 unit saham sahaja.

“Rafidah juga telah meluluskan permohonan untuk menjual 450 ribu unit saham, beliau juga meluluskan permohonan untuk menjual 315 dan 335 ribu serta meluluskan pembahagian 4 juta unit saham FACB kepada Fazreen.”

Pada 21 September 1994, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob yang merupakan Timbalan Menteri dalam Negeri ketika itu telah menulis surat kepada DSAI tentang penyelewengan anak Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad iaitu Mirzan mendapat 1.5 juta unit saham.

Azmin juga menyatakan DSAI telah membuat laporan polis 20455/99 di balai Polis Tun H.S. Lee pada 30 Julai 99 mendedahkan tuduhan rasuah dan pecah amanah Tun Daim Zainuddin dengan pengetahuan dan restu Mahathir.

Ini telah diberitahu oleh Tan Sri Halim Saad dalam suratnya bertarikh 30 April 1990 selaku pemegang amanah 52.2 juta saham Faber Merlin dan 130 juta saham Renong bagi pihak Tun Daim.

“DSAI dalam laporannya kepada polis menyatakan bahawa bekas Pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajuddin Ramli memegang wang tunai bernilai RM 70 juta bagi pihak Tun Daim dan begitu juga satu Tan Sri Wan Azmi telah menulis surat kepada Tun Daim menyatakan beliau memegang wang tunai sebanyak 150 juta ringgit.

“Dalam satu lagi laporan polis DSAI menerusi Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 20 Ogos 99, telah dilaporkan amalan rasuah Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengenai asetnya di Hotel Air Keroh D’Village, stesyen Pam Minyak Shell, 706 lot tanah yang dijual kepada EON, 53 ekar dusun durian di Bertam, Taman Mini Malaysia. Pada 31 Mei 1993 BPR mengisytiharkan harta beliau sebanyak 39.8 juta ringgit,” kata Azmin yang membuka fail-fail itu satu persatu.

Sehubungan dengan itu, Azmin mencabar Pemuda UMNO, Puteri UMNO dan UMNO sendiri untuk menyatakan pendirian terhadap kes-kes yang telah dilaporkan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pemuda KeADILan memberitahu bahawa dia telah menghantar surat kepada Hishamuddin menjemputnya menyahut cabaran debat ini.

"Debat yang akan diadakan bukan sentimen atau maki hamun, ianya berasaskan fakta. Saya yakin Dato Hishamuddin, sahabat lama saya, tidak akan menolak pelawaan ini. Saya yakin debat akan membantu tindakan diambil keatas pihak yang terlibat," kata Saifuddin di dalam satu sidang media petang tadi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com