UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Insiden di Kuala Ketil: Siasat sebelum keluar kenyataan

KOTA BHARU, 12 Feb (Hrkh) - Pihak berkuasa dan pemimpin Umno di negara ini diminta tidak membuat tuduhan tanpa bukti kukuh terhadap pembabitan penyokong PAS yang dituduh menyerang polis dan merosakkan trak milik pasukan berkenaan, di Kampung Kubang Bok, Kuala Ketil, baru-baru ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihak yang berhak untuk membuat keputusan itu adalah mahkamah dan bukannya orang lain. "Pihak yang boleh menentukan kebenaran tuduhan itu ialah mahkamah dan kita tidak usah pandai hendak menjadi seperti nujum Pak Belalang pula.

"Masih ada pihak tidak serik-serik, seperti tuduhan yang pernah dilemparkan terhadap pihak tertentu dalam isu kebakaran Dewan Naib Canselor di Universiti Malaya, sebelum ini. Bermacam-macam tuduhan dibuat, sehingga ada usaha memaksa pihak tertentu supaya meletak jawatan.

"Tahu-tahu kejadian itu berlaku disebabkan benda lain, begitu juga kes Memali, sampai sekarang pun tidak selesai. Tidak kurang juga kes lebam mata Dato' Seri Anwar Ibrahim, di mana ada pihak menuduh menghantuk kepala sendiri.

"Kita suka bercakap benda yang kita tidak faham," katanya selepas menyampaikan ucapan pada Seminar Pengurusan Pasti Pusat di sini.

Pada peristiwa malam 10 Febuari lalu, ceramah PAS yang turut dihadiri Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kampung Kubang Bok, Kuala Ketil dihalang polis sehingga melahirkan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai yang hadir.

Bagaimanapun akhbar tempatan melaporkan penyokong pembangkang dikatakan menyerang anggota polis yang bertugas pada malam kejadian dan cuba bertindak membakar sebuah trak polis.

Menteri Besar Kelantan hadir pada ceramah berkenaan kerana dijemput pihak penganjur.

Menurut beliau, semasa kejadian itu (menyerang polis) berlaku, beliau sudah tidak berada di tempat berkenaan dan tidak tahu menahu pihak mana yang dikatakan melakukan perbuatan tersebut.

Mengimbas peristiwa yang berlaku semasa kejadian, beliau berkata, beliau dijemput berucap sebaik sahaja selesai Ketua Penerangan PAS Kedah bercakap.

Katanya, pengerusi ceramah menjemput beliau untuk berceramah, kemudian selepas 10 hingga 15 minit, pihak polis melaung menggunakan pembesar suara supaya membuka pintu.

"Saya pada mulanya tidak faham juga apa tujuan yang dia minta buka pintu. Oleh itu saya minta pihak penganjur membuka pintu dan tidak tahu apa tujuannya.

"Namun dalam masa yang sama orang ramai sudah 'mengbookan' pihak keselamatan," ujarnya.

Selepas itu, beliau berkata, lampu padam dan beliau meninggalkan majlis itu, tidak tahu lagi apa yang berlaku.

"Sepatutnya pihak berkuasa menyiasat dahulu, Islam mengajar kita jangan mudah percaya terhadap perkhabaran daripada orang fasik kerana ada ayat al Quran menyebut, 'Bila ada orang fasik membawa berita, kamu hendaklah mendapatkan penjelasan lanjut'.

"Oleh itu, saya nasihatkan seluruh rakyat Malaysia sama ada penyokong PAS atau tidak jangan telan bulat-bulat berita yang disampaikan melalui televisyen, radio dan suratkhabar di negara ini daripada sesiapa sahaja.

"Jangan telan bulat-bulat, biarpun pihak yang ditugas menyiasat dan membuat keputusan mengenainya," tambahnya.

Beliau berkata, apabila dilemparkan tuduhan tanpa usul periksa mengenai kejadian itu kepada orang PAS, ia akan menimbulkan rasa sakit hati.

"Jangan tuduh benda yang kita tidak faham dari segi agamanya berdosa," katanya.

Ditanya sekiranya dikenakan hukuman terhadap penyokong PAS yang didapati melakukan kerosakan harta awam pada hari kejadian di Kuala Ketil, beliau bersetuju sekiranya perkara itu jelas terbukti.

Menurutnya, harta benda awam tidak boleh dikhianati.

Kata beliau, PAS tidak boleh terima orang yang membuat khianat tanpa ada asasnya.

"Buat khianat kepada diri sendiri pun tidak boleh, apa lagi hendak khianat kepada orang lain.

"Saya tidak pernah didik orang PAS buat khianat kepada diri sendiri atau masyarakat lebih-lebih lagi membabitkan harta kerajaan," katanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com