UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mursyidul Am sedia berceramah lagi di Kedah

KOTA BHARU, 12 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan melihat tidak ada sebab beliau dihalang daripada menyampaikan ceramah di Kedah sebagaimana diminta Menteri Besar Kedah, Dato' Syed Razak Syed Zain.

"Kenapa larang... Kedah ini sebahagian daripada Malaysia, kalau Kedah sudah merdeka, itu saya tidak boleh pergi dan saya kena ambil pasport terlebih dahulu. "Kedah ini sebahagian daripada Malaysia, kenapa hendak larang pula saya berceramah," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Umno tersebut yang meminta beliau tidak datang lagi ke Kedah untuk berceramah politik.

Syed Razak dilaporkan meminta Menteri Besar Kelantan tidak datang lagi ke Kedah untuk berceramah politik kerana ia hanya akan mencetuskan kekacauan.

Menurutnya, penduduk Kedah hidup aman damai dan tidak seharusnya diganggu dengan ceramah politik seperti yang dilakukan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

"Saya hendak tanya di mana tidak kena dengan kehadiran saya, saya juga hendak tahu... kalau boleh beritahu saya akan ikut, tetapi kalau tidak boleh beritahu dan duduk sekat dengan undang-undang.. mana boleh.

"Undang-undang itu dibuat untuk mengawal manusia, dan bukan manusia sebagai hamba abdi kepada undang-undang.

"Manusia hamba abdi kepada undang-undang ke... atau undang-undang hamba abdi kepada manusia," ujar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, undang-undang dibuat untuk mewujudkan keselesaan hidup manusia.

Menurutnya, perkara yang menyebabkan manusia merasakan selesa dalam kehidupan ialah tentang kefahaman tentang agama kerana di akhirat kelak, manusia akan disoal mengenai kehidupan di dunia sekarang.

"Saya hendak ulangi, negeri ini bukan kepunyaan mana-mana parti, bukan kepunyaan mana-mana syarikat atau kerajaan, namun ia adalah kepunyaan rakyat.

"Maka kalau rakyat hendak mendengar ceramah, ia perlu diberi peluang Kalau dia (rakyat) benci, dia akan balik, dan tidak ! payah tangkap," kata beliau.

Beliau berkata, semasa menghadi ri program ceramah di Kampung Bok, Kuala Ketil malam 10 Febuari lalu, ramai orang yang hadir, sedangkan tempat itu seperti kawasan terpencil.

Katanya, kedatangan orang ramai itu menggambarkan mereka begitu berminat hendak mendengar ceramah.

Menurutnya, sebelum kejadian itu berlaku, sudah terjadi perkara yang serupa di Kupang, Baling, di mana pihak berkuasa menangkap wakil rakyat dengan keadaan bergari.

Bagaimanapun kata beliau, rakyat tetap juga datang untuk mendengar ceramah dalam suasana yang cuba ditakutkan. "

Di dalam Islam tidak ada sekatan sama ada hendak mencari harta, bernikah kahwin dan hendak cari apa sahaja, asalkan mereka boleh mengurus dengan baik.

"Sekat ceramah dari segi demokrasi tidak betul, lebih-lebih lagi dari segi Islam," ujarnya.

Menurutnya juga, berdasarkan peristiwa yang berlaku di Kuala Ketil itu, sesuai tanggapan dunia luar menuduh, Malaysia ada kaitan dengan pengganas.

Pada perkembangan lain, beliau sekali lagi mengulangi untuk meminta Menteri Besar negeri lain termasuk Selangor, Dato' Seri Mohd Khir Toyo dan Kedah, Dato' Syed Razak Syed Zain datang berceramah agama di Kelantan.

"Kalau Menteri Besar Selangor atau Kedah hendak datang sekarang pun tidak ada masalah kerana hak mendapat ilmu termasuk mengenai politik adalah hak manusia, kenapa masih ada pihak hendak sekat.

"Kata negeri ini demokrasi, kenapa kita larang rakyat datang mendengar ceramah," kata beliau.

Bagaimanapun beliau berkata, dalam masa yang sama pemimpin Umno boleh berceramah sesuka hati dan disiarkan setiap hari melalui media massa.

"Media hari-hari siarkan kenyataan menteri-menteri besar dan pemimpin Umno. Kenyataan itu sudah dikategorikan sebagai ceramah, jadi kenapa pula sebelah pihak dibenarkan, dan sebelah pihak lagi dilarang.

"Negeri ini negeri siapa, bukan negeri PAS atau negeri Umno, tetapi negeri rakyat," ujarnya. Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat hendak mendengar pula apa yang diperkatakan pembangkang.

Katanya, dewasa ini rakyat sudah ramai mendapat pendidikan dan mereka yang buta huruf sudah tidak ada lagi.

Mursyidul Am PAS itu juga berkata, beliau masih bersedia untuk berceramah di Kedah apabila masih ada jemputan untuk berbuat demikian.

"Bila panggil saya pergilah, sebagai ketua parti dan ketua kerajaan, sepatutnya mereka hormatlah sikit," ujarnya.

Menurutnya, beliau tidak akan serik dengan keadaan yang berlaku seperti dialami di Kuala Ketil.

Bagaimanapun katanya, kehadiran pada program ceramah itu tidak boleh dianggap salah kerana undang-undang yang diamalkan sekarang adalah berat sebelah.

"Mana boleh saya takut, dan sudah menjadi kewajiban orang Islam untuk menegak kebenaran," ujarnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com