UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Dua tangkapan dari ceramah Tok Guru direman

KUALA KETIL 11 FEB (Hrkh) - Dua orang yang di tangkap di dalam satu ceramah di Kedah semalam dibawa ke mahkamah hari ini untuk direman.

Shahidi Aswan, 20 dan Zain Omar dibawa ke mahkamah Sik pagi tadi untuk mendapatkan perintah tahanan reman di bawah Akta 117 Kanun Acara Jenayah. Ahmad Shukri Abd Rahman, peguam tidak rasmi yang hadir di mahkamah, di bawah tahanan reman, polis ada hak menyiasat tahanan sekurang-kurangnya selama 24 jam dan polis boleh meminta lanjutan maksimum dua minggu.

Dua orang tersebut adalah antara 31 orang yang ditangkap polis semalam dalam satu ceramah di Kampung Kubang Bok, Kuala Ketil, Kedah. Dalam tangkapan tersebut dua wanita turut ditangkap.

Setiausaha Kerja PAS Kedah, Sobri Awang memberitahu bahawa kedua-dua mereka malam tadi telah ditahan di Balai Polis Daerah Baling.

Beliau berkata kedua mereka diwakili oleh peguam dari Lujnah Guaman PAS Kedah, Ibrahim Haji Sofian.

Sementara itu, beliau berkata, salah seorang yang ditahan itu adalah anaknya iaitu Shahidi manakala Zain pula adalah birasnya.

"Mungkin juga mereka ini ditangkap kerana mereka adalah orang luar kawasan Baling. Ini andaian saya kerana yang lain semuanya telah dibebaskan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini.

Sementara itu laporan akhbar hari ini melaporkan bahawa ceramah tersebut dihentikan pihak berkuasa apabila Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat memulakan ceramahnya.

Bagaimanapun dilaporkan berlaku sedikit kekecohan apabila sebahagian besar tempat duduk belakang dan bumbung sebuah trak polis terbakar.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Kedah, Haji Phahrolrazi bin Haji Zawawi yang turut berada di majlis ceramah tersebut mendakwa trak polis yang terbakar itu berada dalam kawasan kawalan pihak polis.

Beliau menyoal bagaimana trak itu boleh terbakar sedangkan ia dikawal. Malah katanya sewaktu trak itu terbakar pemandunya masih sempat memandu trak berkenaan.

Pasukan polis juga dilaporkan mengepung kawasan ceramah disertai oleh pasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling dan 20 trak pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

Phahrolrazi menambah, ceramah tersebut yang diadakan setengah kilo meter daripada jalan raya dihadiri hampir 5000 orang.

Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar, Ketua penerangan PAS Pusat, Ustaz Azizan Abdul Razak dan Saifuddin Nasution (KeADILan).






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com