UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Peristiwa Memali dedahkan Malaysia bukan negara Islam

KUALA TERENGGANU, 14 Feb. (Hrkh) - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, tindakan kerajaan menyiarkan video peristiwa Memali melalui tv mendedahkan lagi bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam.

Pemimpin negara Islam mempunyai cara dalam menangani golongan yang menentang kerajaan berdasarkan kepada hukum-hukum yang ditulis oleh ulama-ulama fiqah dalam kitab mereka, katanya. Menurutnya, pihak kerajaan hendaklah terlebih dahulu berdialog dengan mereka yang menentang kerajaan sama ada secara langsung ataupun melalui wakil kerajaan dan wakil golongan tersebut.

"Hasil dialog ini dinilai dari segi hukum syarak, adakah tuntutan dan penentangan mereka menepati hukum syarak ataupun tidak. Kalau menepati hukum syarak, maka kerajaan hendaklah mengikut apa yang dituntut oleh mereka," ujarnya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS menjelaskan, sekiranya tuntutan dan penentangan mereka bercanggah dengan hukum syarak, maka kerajaan boleh bertindak jika mereka menyerang kerajaan, bahkan kerajaan boleh menentang dengan senjata.

Bagaimanapun, katanya jika mereka tidak mengangkat senjata dan tidak menyerang kerajaan, maka kerajaan tidak boleh menyerang mereka.

Bahkan, tambah beliau kalau berlaku penentangan secara bersenjata tetapi apabila mereka berundur, maka mereka tidak boleh diburu sebagaimana memburu musuh.

Ini, katanya kerana mereka dianggap sebagai rakyat dalam negara Islam.

"Itu adalah hukum-hukum yang ditetapkan oleh ulama. Dan apa yang berlaku dalam peristiwa Memali menunjukkan tidak berdasarkan kepada hukum-hukum Islam," ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS negeri.

Beliau juga menyifatkan kerajaan tidak menghormati berhubung Peristiwa Memali itu kerana ianya masih dalam proses mahkamah.

"Apa yang dilakukan itu dengan tujuan untuk melakukan satu provokasi yang bercanggah dengan amalan demokrasi, disertakan pula dengan pengharaman ceramah," ujarnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com