UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Malaysia patut jadi estet - Nik Aziz

KOTA BHARU, 14 Feb (Hrkh) - Malaysia sepatutnya diisytiharkan sebagai negara milik pihak tertentu atau 'estet' kepunyaan sesiapa dan bukan lagi negara demokrasi, sekiranya larangan ceramah diteruskan.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemerintah perlu mengisytiharkan negara ini sudah menjadi estet yang dijaga pihak tertentu. "Bagaimanapun selagi negara ini masih lagi panggil 'state' dan bukan estet macam mana hendak sekat ceramah.. itu dari asas demokrasi sudah tidak betul," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, semalam.

Akhbar melaporkan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai berkata, kerajaan tidak bercadang untuk menarik balik larangan mengadakan ceramah umum yang dikuatkuasa sejak Julai tahun lalu.

Oleh itu, beliau yang juga sedang menjalankan tugas-tugas Perdana Menteri mengarahkan pihak polis bertindak lebih tegas lagi ketika hendak menyuraikan sesuatu perhimpunan.

Menteri Besar Kelantan berkata, sepatutnya ketegasan diamalkan pihak polis ialah mengeluarkan permit ceramah bagi mengisi ruang sebenar demokrasi di negara ini.

"Usaha untuk menutup program-program ceramah adalah langkah menghalang naluri manusia daripada berkembang.

"Sudah menjadi naluri manusia untuk mengetahui sesuatu perkara yang berlaku bagi dijadikan panduan mereka untuk memilih parti yang terbaik bila sesuatu pilihan raya diadakan," katanya.

Mengenai tuduhan yang mengatakan PAS semakin menjadi militan beliau berkata, kenyataan itu keluar daripada pemimpin politik yang tidak menghayati falsafah demokrasi.

"Tuduh tidak tentu pasal, biarlah ada bukti... baru boleh tuduh.

"Sebab itu perlu diberi keutamaan kepada polis bagi menjalankan tugas dengan adil dan bukannya terpengaruh dengan orang politik yang tidak mampu menjaga mulutnya," tambahnya.

Ditanyai kesediaannya untuk disiasat ekoran menghadiri ceramah di Kampung Kubang Bok, Kuala Ketil, Baling malam 10 Febuari lalu, beliau berkata, beliau bersedia berbuat demikian.

Tambahnya, beliau bersedia bekerjasama dalam semua kejadian.

"Mesti diberi keutamaan kepada polis bagi menjalankan tugasnya dan bukannya orang politik membuat pelbagai tuduhan awal tanpa bukti," kata beliau.

Beliau juga sekali lagi meminta peluang diberi kepada pihak polis untuk menyiasat sepenuhnya mengenai kejadian di Kuala Ketil, tanpa dibuat tuduhan melulu dengan tiada bukti kukuh.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com