UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




SAKSI LIHAT TRAK TERBAKAR BERGERAK

KOTA BHARU, 14 Feb - Orang ramai yang berada di tempat ceramah anjuran PAS di Kampung Kubang Bok, Kuala Ketil malam 10 Febuari lalu mempertikaikan kenyataan polis dan pemimpin Umno, kononnya penyokong parti itu terbabit membakar trak polis.

Mereka mendakwa percubaan membakar trak polis dilakukan pihak tertentu yang tidak ada kaitan dengan PAS. Seorang saksi berkata, trak polis tersebut diletak tidak jauh dari tempat ceramah dan sedang berada di bawah kawalan anggotanya. Katanya, pemandu dan anggota polis berada di kawasan itu ketika kejadian dan tidak mungkin pula ada pihak yang dikaitkan dengan PAS cuba membakar trak berkenaan.

"Orang ramai melihat api tiba-tiba menyala di bahagian khemah belakang trak ketika Menteri Besar Kelantan berucap dan kenderaan itu dilihat pula bergerak ke jalan menghala ke tempat orang ramai mendengar ceramah. "Sedangkan di tempat pertama trak itu berada, tidak ada penyokong PAS kerana mereka sedang mendengar ceramah di kawasan padang yang terletak di kawasan lain," katanya.

Menurutnya, selepas trak yang menyala itu bergerak ke arah orang ramai dan anggota pasukan keselamatan lain melepaskan tembakan gas pemedih mata ke semua arah termasuk kebun getah di kawasan berdekatan. "Keadaan menjadi kelam kabut selepas itu dan orang ramai terus meninggalkan program berkenaan. "Gas pemedih mata dan semburan asid dihalakan kesemua arah," ujarnya.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan perbuatan itu sebagai provokasi dilakukan pihak tertentu bagi memburuk-burukkan lagi imej PAS. Oleh itu, katanya, sekiranya benar ada penyokong PAS terbabit dalam cubaan membakar trak berkenaan, sudah tentu mereka akan menyalakan api di bahagian lain yang lebih sensitif dan bukannya di bahagian belakang.

Seorang lagi saksi yang turut berada di tempat kejadian, juga hairan melihat trak polis sedang terbakar di bahagian belakang bergerak menghala ke tempat orang ramai mendengar ceramah.

"Sedangkan trak tersebut pada awalnya berada di tempat lain iaitu di kawasan kebun getah. "Ketika mula-mula melihat trak itu, saya menyangka pokok getah yang terbakar, namun hairannya mengapa pula boleh bergerak," ujarnya.

Dianggarkan 500 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Pasukan Gerak Am yang datang dengan lebih 20 trak berada di tempat kejadian.

Sumber itu berkata, selepas semburan gas dan air berasid dilakukan orang ramai cuba melarikan diri, dan pihak polis pula menunggu di bahagian depan untuk menangkap mereka.

Ekoran itu, seramai 31 orang ditahan pada malam kejadian, dan dua orang daripada mereka ditahankan reman selama seminggu. Sumber lain pula memberitahu, beberapa hari sebelum kejadian ada pihak cuba memastikan kesahihan Menteri Besar Kelantan hadir pada majlis ceramah berkenaan.

"Kita melihat usaha-usaha untuk memastikan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir pada program berkenaan ada hubung kait dengan kejadian yang berlaku di Kuala Ketil," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh berkata, trak yang terbakar pada malam kejadian di Kuala Ketil di bawah kawalan anggota polis.

Katanya, tidak lojik sama sekali, sebuah trak yang berada di bawah kawalan polis boleh terbakar dan dituduh pula penyokong PAS yang terbabit dengan kejadian itu.

"Penyokong PAS datang untuk mendengar ceramah dan kita tidak nampak ada perancangan awal penyokong PAS untuk menyerang polis sebagaimana didakwa Ketua Polis Daerah Baling," ujarnya pada ceramah di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini, malam 11 Febuari lalu.

Manakala satu sumber lagi pula memberitahu, adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana anggota polis gagal menjaga keselamatan kenderaan di bawah jagaan mereka ketika sedang bertugas.

"Trak itu di bawah pengawasan anggota polis terutamanya pemandunya dan dia bertanggungjawab penuh terhadap apa yang berlaku terhadap harta kerajaan," katanya.

Turut berada di tempat ceramah pada malam kejadian, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Azizan Abdul Razak, Ketua Pemuda PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar dan Adun Lunas, Saifuddin Nasution Ismail.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com