UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Keadilan: Iklan Time bazir duit rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) - Pergerakan Pemuda Keadilan Nasional kesal atas tindakan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan membelanjakan wang rakyat dengan meletakkan iklannya di majalah 'Time'.

Timbalan Ketua Pemuda Keadilan, Saifuddin Nasution Ismai berkata tidak patut kerajaan Malaysia mengiklan di dalam Time keluaran 11 Febuari 2002 kerana sebelum ini majalah tersebut memburukkan Malaysia sebagai "sarang penggans". Kata Saifuddin lagi, sebelum ini majalah Time telah menyongsangkan imej Malaysia di muka hadapannya, dengan menggantikan bintang pada bendera Jalur Gemilang dengan wajah Osama Laden dan meletakkan senapang automatik bersilang di bendera tersebut.

"Kononya, tafsiran majalah Time bahawa Malaysia melindungi rangkaian penjenayah dan pengganas antarabangsa yang mempunyai hubung kait dengan kumpulan Al-Qaeda," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, setiap satu iklan tersebut memaksa negara membayar tidak kurang 150,000 dollar AS (RM570,000) kepada Time, sedang Time memburuk-burukkan nama negara Malaysia dan dalam masa yang sama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan pula mambayar duit kepada majalah tersebut.

"Sewajarnya Dato' Abdul Kadir Sheikh Fadzir sebagai menteri bertanggungjawab tidak terlalu cuai membelanjakan wang rakyat," tambahnya.

Apatah lagi katanya, Kementerian Dalam Negeri mengharamkan pula majalah Time keluaran terbaru tersebut sesudah menteri Kebudayaan dan Pelancongan mengeluarkan belanja ratusan ribu untuk mengiklan iklan mereka.

"Nampaknya kerajaan Malaysia gagal menggalakkan komunikasi yang lancar walaupun sesama anggota kabinet," katanya.

Berhubung perkara ini, Pemuda Keadilan mendesak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan segera menghentikan tindakan membazir sebelum lebih banyak wang rakyat tercampak begitu sahaja.

Malah pemuda Keadilan juga menuntut majalah Time segera meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas penyiaran imej yang buruk dan berita tidak berasas yang sekaligus menghina negara Malaysia.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com