UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Umno terima bekas ahli PAS yang dipecat

GUA MUSANG, 15 Feb (Hrkh) - Tengku Razaleigh Hamzah dan Umno Gua Musang dianggap kini hilang wibawa apabila terpaksa menerima seorang bekas ahli PAS yang dipecat, baru-baru ini.

Bekas Ketua Cawangan PAS Kampung Bukit Chekati, dekat sini, Hamzah Dol dipecat daripada PAS sebelum ini kerana menghadapi pelbagai masalah. Penyelia Parlimen Gua Musang, Abdul Razak Abbas berkata, Hamzah sebelum ini adalah bekas ahli Umno, kemudian menyertai Semangat 46 bersama Ku Li.

"Bagaimanapun selepas itu dia menyertai PAS seketika, sebelum dipecat kerana menghadapi pelbagai masalah dengan parti," katanya.

Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan, Hamzah Dol bersama 200 ahli PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas keluar parti dan menyertai Umno.

Majlis penyerahan borang itu turut dihadiri Ku Li yang diadakan di Rancangan Pemulihan Tanah Sungai Terah.

Abdul Razak berkata, berdasarkan kepada maklumat yang diterima hanya beberapa orang sahaja yang pernah menjadi penyokong PAS menyertai Umno di majlis berkenaan dan bukannya 200 orang sebagaimana didakwa Ku Li.

"Sekiranya 200 ahli PAS di Dun Galas menyertai Umno, sudah tentu tidak lagi ahli PAS di kawasan berkenaan," katanya.

Penyelia Dun Galas, Che Hashim Sulaima berkata, beliau begitu mengalu-alukan bekas ketua cawangan berkenaan keluar parti kerana kehadirannya seketika dalam PAS sebelum ini banyak mendatangkan masalah.

Katanya, Hamzah sebelum ini pernah gagal mendapat tempat sebagai anggota jawatankuasa di peringkat kawasan, pada pemilihan yang diadakan tahun lalu.

Menurutnya, ekoran kegagalan itu dia kecewa dan merajuk untuk berkhidmat kepada parti.

Malah, beliau berkata, PAS cawangan berkenaan begitu bersyukur kerana bekas ketua mereka yang bermasalah sudah meninggalkan parti dan menyertai Umno.

"Jawatankuasa lain di cawangan berkenaan begitu bergembira sekali sehingga mereka memasang sepanduk sebagai menyatakan cawangan berkenaan semakin kuat kerana tiada lagi bekas ketua yang bermasalah," katanya.

Menurutnya, Ku L i tidak mampu untuk dilenakan dengan berita seumpama itu kerana mereka yang bermasalah dalam PAS kini sudah berada bersama perjuangan Umno.

Katanya, beliau difahamkan Ku Li ketika berucap di majlis penyerahan borang itu terkejut pada awalnya kerana dimaklumkan sebelum itu tokoh yang disegani kononnya mahu menyertai Umno, namun rupa-rupanya bekas ahli Umno sendiri yang menyertai semula parti tersebut.

"Malah semasa berucap Hamzah juga dikatakan mengakui hanya mahu berada di dalam PAS seketika sahaja kerana mahu melihat sendiri dari dalam parti tersebut," katanya.

Ku Li dan Umno Gua Musang kini semakin banyak mencipta agenda politik selepas pendedahan Harakah mengenai rungutan penduduk terhadap wakil rakyat yang mereka pilih sebelum ini.

Gua Musang merupakan kubu terakhir Umno yang masih bertapak di Kelantan. Dua kawasan Dunnya iaitu Galas dan Paloh diwakili Umno, begitu juga kawasan parlimen Gua Musang.

Penduduk di kawasan berkenaan begitu kecewa sekali apabila nasib mereka yang tidak terbela selepas dilanda banjir besar tahun lalu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com