UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ceramah - Pas kesal dengan saranan Dolah Badawi

KUALA LUMPUR, 15 Feb (hrkh) – PAS amat kesal dengan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seperti yang disiarkan dalam The New Straits Times 13 Februari lepas yang menyarankan agar pihak polis bertindak keras terhadap mana-mana pihak yang mengadakan perhimpunan di tempat awam.

Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berpendapat, sebarang arahan yang ingin diberikan oleh pihak Timbalan Perdana Menteri tidak sewajarnya mencabul hak dan kebebasan rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman yang dijamin oleh undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan. Menurut beliau, adalah suatu yang tidak munasabah apabila Timbalan Perdana Menteri melalui pihak polis bersungguh-sungguh menyekat kebebasan berhimpun dan bersuara kepada pihak pembangkang khususnya PAS.

Sedangkan, katanya, dalam masa yang sama kerajaan Barisan Nasional dengan sewenang-wenangnya telah menyalahgunakan jentera kerajaan seperti RTM untuk melemparkan tuduhan dan fitnah ke atas PAS seperti menyiarkan semula rakaman peristiwa Memali.

Beliau menegaskan, PAS percaya bahawa pihak Timbalan Perdana Menteri memahami bahawa mengikut seksyen 27 Akta Polis, mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpuann di tempat awam perlu mendapatkan permit polis daripada ketua Polis Daerah (KPD).

“Manakala pihak KPD seharusnya menggunakan kebijaksanaannya untuk memberikan permit ceramah tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak khususnya pihak eksekutif,” tegasnya.

Katanya, jika sekiranya KPD enggan memberikan permit, pihak berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Ketua Polis Negeri.

Oleh yang demikian sebarang keputusan untuk memberikan atau tidak memberikan permit mestilah dinilai kepada `case to case’ sepertimana yang diperuntukkan oleh Sekyen 27 Akta Polis.

Menurut beliau, selagi Akta Polis masih wujud, PAS berpendapat pihak Timbalan Perdana Menteri tidak dibenarkan di sisi undang-undang untuk melarang secara total sebarang perhimpunan atau ceramah di tempat awam.

"Sebarang larangan secara total yang dilakukan seperti yang dilakukan sekarang adalah suatu yang melanggar undang-undang, tidak berpelembagaan, tidak demokratik tidak munasabah dan ia merupakan satu penyalahgunaan kuasa," katanya.

Sehubungan itu PAS telah mengarahkan peguamnya untuk meminta Timbalan Perdana Mengeri menarik balik larangan perhimpunan di tempat awam dalam masa 14 hari dari tarikh hari ini, jelasnya.

Beliau menegaskan, sekiranya Timbalan Perdana Menteri gagal berbuat demikian maka PAS akan mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan perintah yang sewajarnya daripada mahkamah.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com