UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Sambutan baik bukti PAS bukan pelampau

BUKIT GANTANG, 16 Feb (Hrkh) - Sambutan baik masyarakat China terhadap PAS jelas membuktikan tuduhan terhadap parti itu sebagai pelampau agama dan pengganas adalah tidak berasas sama sekali.

Pengerusi DAP Kuala Sepetang, Chuah Tiong San berkata beliau tidak pernah menganggap parti PAS sebagai pelampau agama sebaliknya sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan ahli-ahli PAS. Sebaliknya beliau lebih bimbang terhadap Umno-BN yang sentiasa menyusahkan rakyat dinegara ini, tambahnya.

"Saya harap PAS akan sentiasa dapat berkawan dengan masyarakat china kerana jika kita tidak berkerja sama Umno-BN akan bersikap lebih melampau lagi," katanya lagi

Tambah beliau juga, walaupun PAS dan DAP sudah tidak bekerjasama tetapi hubungan beliau dengan PAS adalah di atas dasar peribadi kerana yakin dengan kebaikan PAS dan komitmen PAS memperjuangkan nasib rakyat.

Chuah berkata demikian ketika meraikan kunjungan lebih 50 ahli PAS kawasan Bukit Gantang ke rumah beliau sempena Sambutan Tahun Baru China baru-baru ini.

Turut hadir pada hari itu termasuklah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Idris Ahmad, Pengerusi Hubungan Antara Kaum (HAK) Perak, Faizal Tan dan AJK Perhubungan PAS Perak,Hj Roslan Shaharun.

Ustaz Idris ketika berucap, memberitahu, kehadiran PAS adalah untuk menunjukkan Islam sebuah agama sejagat yang boleh berkompromi dengan mana-mana kaum dan agama didunia ini.

"PAS bukanlah seperti yang digambarkan sebagai memusuhi orang bukan Islam kerana kita semua adalah dari satu keturunan yang sama iaitu dari Adam dan Hawa," kata beliau.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com