UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PUM : Buletin Utama TV3 tidak profesional

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) - Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyatakan rasa kesal atas Buletin Utama TV3 yang tidak beretika.

PUM mengingatkan TV3 khususnya di bahagian berita agar beriltizam dengan etika penyiaran yang profesional, adil dan saksama serta tidak menyebabkan pihak yang diwawancara terlibat dengan muslihatnya. Yang Dipertua PUM, Ustaz Abdul Ghani Samsudin kesal di atas tindakan TV3 yang menggunakan sebahagian daripada wawancaranya untuk menyerang parti oposisi tertentu.

Beliau merujuk kepada berita yang disiarkan dalam buletin Utama jam 8 malam 10 Februari lalu.

Beliau berkata, PUM tidak berminat untuk membangkitkan perbalahan dan perselisihan dengan pelbagai pihak dengan fakta yang diputarbelitkan untuk kepentingan tertentu oleh pihak tertentu.

Sehubungan itu, beliau menegaskan tindakan wartawan tersebut pada hari itu mempunyai muslihat penyiaran yang bersifat kepartaian dengan menyerang pihak lain secara tidak bertanggungjawab dan telah melanggar etika penyiaran dan profesionalisme kewartawanan.

"Jika tidak mereka akan termasuk dalam satu golongan sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat al-Quran yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, hendaklah kalian berhati-hati (membuat kepastian) jika tidak kalian lakukan demikian, kalian akan menganayai suatu kaum kerana kejahilan dengan itu kalian akan menjadi orang yang menyesal"," kata Abdul Ghani dalam satu kenyataan media.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com