UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Penayangan klip video Memali langgar undang-undang

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Pengarah Jabatan Guaman Pemuda PAS Pusat Sabki Yusuf kesal dengan sikap Kementerian Penerangan yang tidak menghormati proses undang-undang apabila menyiarkan klip video peristiwa Memali menerusi RTM kebelakangan ini.

Menurutnya, semua pihak sepatutnya tidak membuat sebarang ulasan memandangkan kes ini masih tergantung perbicaraannya di mahkamah. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tayangan itu dikatakan "kononnya" untuk menyedarkan rakyat supaya tidak melakukan keganasan sebagaimana dinyatakan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Khalil Yaakob.

"Sepatutnya semua pihak menunggu kes tersebut selesai dibicarakan sebelum membuat apa-apa ulasan dan gambaran mengenai peristiwa itu," katanya lagi.

Sebagai seorang pengamal undang-undang beliau juga berpandangan, adalah tidak sesuai pada waktu ini mana-mana pihak membuat satu gambaran berat sebelah bahawa wujudnya usul militan yang dikaitkan dengan kes Memali.

Menurutnya, penyebaran klip video berkenaan juga boleh memberi gambaran salah mengenai Islam kepada masyarakat bukan Islam.

"Mungkin juga apabila orang bukan Islam melihat cara tayangan video itu dimainkan secara tidak langsung mereka akan menganggap kegiatan Islam sebagai militan," katanya sambil menyifatkan video tersebut tidak mempunyai sokongan fakta yang kukuh dan muktamad.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohd Zaidi Aziz juga menolak tayangan video itu.

Ini katanya, suasana di Malaysia sekarang bukanlah seperti negara lain yang banyak berlaku pertumpahan darah.

"Walaupun dunia sekarang bergelora tetapi di negara ini ianya tidak begitu. Malah saya rasa tayangan video ini boleh menimbulkan ketakutan kepada masyarakat, lagipun ia telah lama berlalu, jadi apakah kewajarannya?" soalnya.

Beliau menganggap motif tayangan video itu adalah untuk mewujudkan perasaan kebencian kepada satu pihak.

Sehubungan itu beliau meminta RTM menghentikan tayangan tersebut dan apa yang penting ialah RTM menyiarkan program-program yang boleh membentuk perpaduan masyarakat.

Bagi Setiausaha Majlis Belia Malaysia MBM, Khidir Jamal berkata tindakan menayang klip video tersebut ada pro dan kontranya.

Secara peribadi, beliau berkata klip video tersebut dapat memberi gambaran jelas kepada masyarakat dan sekaligus sebagai iktibar juga.

Tambahan pula katanya, generasi muda mudah dipengaruhi dan kerana itu beliau menyifatkan tayangan tersebut adalah wajar memandangkan pula peristiwa tersebut membabitkan penentangan terhadap pasukan keselamatan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com