UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Hubungan PAS-Dap tetap mesra - Dr Wahab

BERA, 18 Feb (hrkh) : Hubungan PAS Pahang – DAP tetap mesra sekalipun parti itu telah keluar daripada Barisan Alternatif (BA).

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Dr Abdul Wahab Ismail berkata, jalinan hubungan PAS-DAP ini boleh mencapai matlamat perjuangan kerana DAP boleh terus ke kawasan Melayu begitu juga sebaliknya. Dalam ucapan ringkasnya Dr Abdul Wahab memuji usaha YB Leong kerana sumbangannya untuk menjayakan program bersama PAS di dalam kawasan yang beliau wakili.

Pada program itu, Dr Abdul Wahab, YB Leong Ngah Ngah dan Adun Guai YB Mejar (B) Abdul Aziz Yaakub, menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baru Cina kepada 43 golongan kurang berkemampuan daripada pelbagai kaum.

Kemesraan jelas terbayang di wajah pemimpin PAS-DAP seolah-olah tiada apa berlaku dalam hubungan kedua-dua parti dengan disaksikan oleh ahli PAS dan DAP tempatan.

YB Leong dalam ucapannya memperkenalkan Abdul Wahab dan Haji Abdul Aziz dalam bahasa Tionghua dan Melayu. P> Sementara itu Adun Guai, YB Mejar (B) Abdul Aziz Yaakub berkata, hubungan PAS-DAP masih baik di kdua-dua belah pihak.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh membidas media yang menurutnya suka melaga-laga PAS – DAP melalui berita yang di sensasikan sedang hakikat sebenar adalah sebaliknya.

Katanya, apa yang perlu bagi ahli-ahli PAS dan DAP ialah meningkatkan kefahaman dan memahami antara satu dengan lain.

Katanya dalam konteks Pahang, parti-parti pembangkang khususnya PAS dan DAP perlu menjalin kerjasama bagi menyaingi Barisan Nasional (BN).

Ketiga-tiga pemimpin PAS dan DAP itu kemudiannya menyampaikan sumbangan tahun baru kepada penghuni Rumah Orang-Orang Tua di Kemayan selepas itu.

Sebelum itu Pesuruhjaya PAS Pahang, Adun Semantan, YB Ustaz Idris Omar, Dr Abdul Wahab dan YB Mejar (B) Abdul Aziz Yaakub menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baru Cina kepada penghuni Rumah Orang Tua di kampung Baru Temerloh.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com