UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Cuba gagalkan Majlis Hari Raya Cina: Bukti Umno parti perkauman

KUALA KEDAH, 18 Februari (Hrkh): Terbukti sudah Umno adalah parti perkauman apabila ada pimpinan mereka yang cuba menggagalkan beberapa program sambutan Hari Raya Cina anjuran PAS Kawasan Kuala Kedah.

Lebih memalukan, pihak berkuasa polis juga diheret sama untuk menjayakan niat jahat mereka itu yang datang tanpa diundang serta mengambil gambar di lokasi majlis. Apa yang berlaku sekaligus menampakkan fikiran sempit pemimpin Umno dan menimbulkan provokasi terhadap majlis yang mendapat sambutan luar biasa masyarakat Cina setempat.

Demikian ditegaskan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Ir. Haji Phahrolrazi Zawawi, yang juga Ketua Penerangan PAS Kedah.

Bukti terbaru adalah campurtangan pihak Umno terutamanya JKKK di Simpang Empat Kuar, Dun Anak Bukit dan di Kampung Kubang Rotan, dekat sini.

Walaupun kedua-dua program tetap dijalankan, namun masyarakat Cina di kedua-dua tempat ini melahirkan rasa kesal dan kebimbangan mereka kepada Ahli Parlimen Kuala Kedah, Haji Mohamad Sabu yang hadir di kedua-dua majlis.

Menurut ahli parlimen itu, program ini adalah acara tahunan beliau bersama kaum Cina dalam Parlimennya, dan tindakan pihak umno ini membuktikan parti itu adalah parti perkauman.

"Kita mahu mempertingkat lagi hubungan intergrasi kaum di kawasan ini dan negara amnya, apa yang berlaku, Umno benci kepada usaha itu dan polis tidak sepatutnya menunjukkan mereka juga berminat untuk menggagalkan usaha baik ini," tegas beliau.

Setiausaha PAS Kawasan, Ustaz Kassim Mat Isa, calon PAS yang menentang Syed Razak Syed Zain (MB Kedah sekarang) dalam pilihanraya 1999 lalu juga kesal dengan tindakan Umno itu.

Katanya, penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili oleh Syed Razak sudah tahu siapa sebenarnya Syed Razak, apa yang berlaku ini menambahkan lagi kebencian rakyat dan menambahkan bukti bahawa Syed Razak memang melakukan diskriminasi terhadap rakyat.

Ketua Pemuda Kawasan, Mohd Nasir Mustaffa menjelaskan bahawa sebelum majlis di Kubang Rotan berlangsung, beberapa pimpinan Cina di situ telah dipanggil ke Balai Polis Daerah Kota Setar.

"Seorang pegawai polis dan anggota lain turut datang dengan sebuah kereta sebelum majlis berlangsung, ada yang datang mengambil gambar dewan dan ada yang menemui saya untuk meminta izin makan bersama," jelas Nasir.

Majlis ini dilangsungkan di Dewan MCA, Kubang Rotan, berdekatan tempat tumpah darah Syed Razak, Menteri Besar Kedah.

Sementara itu majlis di Simpang Empat Kuar yang pada awalnya dijadualkan mengadakan jamuan nasi bersama masayarakat Cina, bertukar kepada majlis ramah mesra dengan menyampaikan buah limau dan 'ang pau' sahaja.

Mohamad Sabu, telah menyampaikan saguhati itu kepada hampir 300 hadirin yang hadir termasuklah mereka yang dewasa kerana bagi mereka setelah program disabotaj, mereka ingin 'mendapatkan ong' dari tangan ahli Parlimen mereka itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com