UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ulama 'terompah' berusaha kekalkan kuasa Umno

KOTA BHARU, 15 Feb - Ulama-ulama yang bernaung di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya berterusan menjadi 'terompah kayu' kepada pihak lain yang mahu mengekalkan kuasanya.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ulama-ulama jenis terompah kayu sahaja hanya sanggup menjadi alat kepada pemerintah. Sedangkan, katanya, terompah kayu hanya menjadi alas untuk dibawa ke tandas sahaja.

"Bagaimanapun masih ada ulama yang sanggup berada di situasi seperti itu untuk menjadi seperti terompah kayu," katanya pada satu ceramah di sini, baru-baru ini.

Isu ulama terompah kayu timbulkan kembali selepas melihat ulama-ulama yang makan gaji dengan Umno dipergunakan untuk menghentam PAS.

Antara pemimpin Umno yang dilabelkan sebagai ulama dan pernah menyertai PAS sebelum ini, antaranya Haji Mohd Noor Deris, Dato' Nakhaie Ahmad dan Mustafa Taib. Mereka kini ada yang berkhidmat dengan Jabatan Khas, Kementerian Penerangan. Ulama-ulama itu sering kali dipergunakan media massa untuk menghentam PAS dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, menyifatkan Umno sebagai 'barua' kerana melabelkan pelbagai tuduhan negetif terhadap PAS.

Katanya, beliau sengaja melabelkan tuduhan 'barua' kepada Umno memandangkan pemimpin-pemimpin parti itu tidak henti-henti melemparkan tuduhan tidak berasas kepada PAS.

Tuduhan yang dilemparkan terhadap PAS sebelum ini termasuk Taliban, anti wanita, anti pembangunan dan pelbagai lagi yang disifatkan tidak masuk akal.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com