UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Larang ceramah: MB Kedah yang jahil undang-undang

KOTA BHARU, 19 Feb (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Adul Aziz Nik Mat menyifatkan Menteri Besar Kedah, Dato' Syed Razak Syed Zain tidak mengetahui undang-undang negara kerana melarangnya berceramah di negeri berkenaan.

Katanya, Menteri Besar itu melanggar undang-undang apabila menyekat pembangkang bersuara melalui ceramah dan ia juga bertentangan dengan demokrasi. Bercakap kepada pemberita selepas persidangan Dun Menteri Besar berkata, kehadirannya ke Kedah baru-baru ini, adalah memenuhi undangan penganjur bagi menyampaikan ceramah.

"Saya pun tidak tahu menahu adakah ceramah itu ada permit atau tidak. Sebab itu bukan kerja saya, saya juga tidak pernah mempersoalkan tempat makan atau tidur selama ini, saya tidak ambil tahu.

"Jadi, kalau dia (Menteri Besar Kedah) kata saya ni tak tahu undang-undang, dia pun sama juga, sebab melanggar udang-undang demokrasi negara ini kerana tidak membenarkan pembangkang berceramah... jadi sama saja," ujarnya.

Beliau juga meminta agensi kerajaan negeri berkaitan bidang agama memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai pengertian ayat-ayat al-Quran tanpa menyentuh soal parti.

"Sebagai contohnya, ayat ini berbunyi begini dan bukannya begitu, agar rakyat lebih jelas serta faham," ujarnya.

Katanya, penjelasan itu penting bagi memberi kefahaman lebih jelas mengenai tafsiran ayat-ayat al Quran secara tidak tepat seperti disiarkan media elektronik kebelakangan ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com