UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




RM4 bilion rampas negeri dikuasai PAS

KOTA BHARU, 21 Feb (Hrkh) - Kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa memperuntukan kira-kira RM4 bilion bagi menawan semula Kelantan dan Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.

Peruntukan itu kini sedang diagihkan melalui pelbagai agensi kerajaan termasuk bantuan kepada pekebun-pekebun kecil dan projek kerajaan Persekutuan di negeri-negeri berkenaan. Satu sumber di sini berkata, peruntukan tersebut lebih banyak disalurkan melalui insentif ekonomi dan dikawal oleh pemimpin Umno.

Katanya, jumlah wang tersebut kini sedang digunakan sebagai strategi untuk menarik sokongan pengundi kepada Umno.

"Kaedah itu adalah di antara tiga pendekatan lama yang digunakan untuk menarik simpati orang ramai antaranya wang, pangkat dan perempuan," katanya di sini.

Sumber itu berkata, tiga tawaran itu digunakan sejak zaman Nabi Muhamad saw untuk melemahkan perjuangan Islam.

Katanya, kini kaedah tersebut cuba digunakan semula oleh Umno untuk memancing pengundi selepas mereka kehilangan begitu banyak sokongan orang Melayu pada pilihan raya umum ke-10 lalu.

Oleh itu, katanya parti-parti pembangkang perlu berhati-hati kerana strategi itu boleh mempengaruhi sokongan kepada Umno secara tidak langsung.

"Persiapan awal perlu dilakukan pembangkang termasuk mengaktifkan bilik-bilik gerakan parti untuk memantau kedudukan sokongan di peringkat akar umbi dari sekarang," katanya.

Beliau juga berkata, biarpun BN menggunakan peruntukan besar, namun pemimpin parti itu tidak yakin dapat merampas Kelantan dan Terengganu dengan majoriti besar pada pilihan raya umum yang terdekat ini.

Sehubungan itu, menurutnya, strategi lain terpaksa digunakan parti tersebut iaitu dengan bergantung harap kepada pihak polis untuk mengekalkan kuasanya.

"Kini pasukan polis digunakan semaksimun mungkin untuk menghalang pergerakan parti pembangkang termasuk menganjurkan ceramah biarpun di premis milik persendirian," katanya.

Menurutnya juga, Umno begitu cemas sekali dengan suasana di Kedah kerana khuatir negeri tersebut akan jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, Umno akan berbuat apa sahaja untuk mempertahankan ketuanan di Kedah termasuk menghalang ceramah PAS dan pembangkang secara agresif.

..................
Kami difahamkan ada 4 syarikat besar yang menyumbang wang ini. Antaranya ialah Genting (Tokey judi) dan Maxis. Dua lagi saya tak berapa pasti. Oleh itu boikot telefon maxis. - Webmaster




        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com