UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Abdullah gagal pimpin Kabinet dalam isu majalah TIME

Oleh Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 21 Feb (Hrkh) - Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda KeAdiLan Nasional (KeAdiLan) Pusat, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal untuk menjadi pengganti Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, kegagalan itu terbukti apabila berlaku percanggahan kenyataan di kalangan menteri terutamanya dengan Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan, Dato' Abdul Kader Sheikh Fadzir berhubung isu majalah TIME keluaran 11 Februari yang menyiarkan Malaysia sebagai sarang pengganas. "Percanggahan kenyataan dalam isu majalah TIME jelas membuktikan Dato' Seri Abdullah tidak mampu mentadbir Malaysia menggantikan Perdana Menteri yang bercuti di luar negara. Beliau gagal tangani isu berkenaan dengan baik bahkan menwujudkan budaya celaru dalam kabinet, " ujarnya ketika sidang akhbar di Pusat Khidmat KeAdiLan Permatang Pauh.

Menurutnya lagi, isu ini juga mendedahkan para menteri tidak langsung mempunyai plan tindakan bersama untuk meyakinkan rakyat.

Jesteru itu, rakyat harus menolak kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang ada sekarang kerana tidak bijak mentadbir negara sepanjang peninggalan Perdana Menteri.

"Pengganti Dr. Mahathir sampai sekarang masih samar-samar dan tidak mustahil Dato' Seri Abdullah menerima nasib yang sama macam Dato' Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Dato' Seri Anwar Ibrahim, " terangnya.

Percanggahan itu ketara apabila keenganan Dato' Kader untuk menarik balik iklan tersebut kerana beranggapan ianya tidak membawa apa-apa makna.

Tetapi beberapa hari kemudian, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri mengeluarkan arahan akan mengkaji semula pengiklanan dalam majalah tersebut.

"Jika tidak ada apa-apa makna sudah tentu Dato' Abdullah tidak bertindak mengharamkan penjualan dan pengedarannya. Adakah tindakan Menteri Dalam Negeri melulu dan tidak masuk akal, " jawabnya.

Pemuda KeAdiLan berpendapat, rencana itu dengan jelas memburuk-burukkan Malaysia apabila menggambarkan negara ini sebagai pusat pergerakan dan pengumpulan dana satu rangkaian pengganas yang melakukan pembunuhan kejam terhadap orang awam.

Pendapat Menteri Pelancongan katanya, tidak boleh dipakai kerana boleh menimbulkan kekeliruan masyarakat antarabangsa.

"KeAdiLan menyangkal dakwaan Dato' Kader yang mengatakan rencana berkenaan itu tidak mendatangkan apa-apa makna. Sebaliknya artikel tersebut jelas melakarkan Malaysia sebagai sarang pengganas yang membantu pengganas rantau asia. Bukan itu sahaja malahan sanggup merekrut pengikut setia dan melancaran kumpulan baru ke negara jiran, " kata beliau.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com