UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ketua Polis Negeri tidak mahu hadir forum anjuran Pemuda PAS

ALOR SETAR, 21 Feb (Hrkh) - Ketua Polis Negeri Kedah, Dato' Mohamamed Supian Haji Amat, tidak dapat memberikan kerjasama kepada Pemuda PAS Negeri Kedah sebagai salah seorang ahli forum anjuran dewan itu.

Forum yang dijadualkan akan diadakan pada 17 Mac depan juga masih menanti jawapan daripada Speaker DUN Kedah, Dato' Amiruldin Badruddin yang juga dijemput sebagai panelis. Amiruldin sebelum ini bekas Ahli Parlimen Yan dan masih menjawat jawatan sebagai Ketua Umno Bahagian Yan.

Selain mereka berdua, Ahli Parlimen Kuala Kedah, Haji Mohamad Sabu, telah mengesahkan kehadiarannya dalam majlis tersebut dan seorang lagi panelis adalah Presiden Teras, Cikgu Azmi Hamid.

Menurut Ketua DPP Kedah, Aris Awang, Forum Demokrasi Di Malaysia:Antara Harapan Dan Cabaran ini akan berlangsung di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) pada jam 9.00 malam.

"Tujuannya adalah untuk seluruh masyarakat mendapatkan gambaran sebenar dari pelbagai pihak (Ahli Parlimen, polis, speaker DUN dan NGO) mengenai demikrasi dalam negara ini," jelas beliau.

Tambahnya lagi, DPP juga ingin mendengar respon dari rakyat seluruhnya apabila mereka mengemukakan pandangan atau soalan kepada panelis tentang pengamatan mereka mengenai apa yang sedang berlaku dewasa ini.

Ini juga, katanya, membuktikan bahawa PAS inginkan satu program yang aman dan akan memperlihatkan kepada seluruh rakyat tentang sejauh mana benarnya dakyah parti Umno yang menuduh PAS tidak demokrasi.

"Program ini untuk kebaikan bersama, selama ini ada pihak cuba untuk melagakan PAs dan polis, PAS cuba untuk bertemu muka dan kita duduk di atas satu pentas dan bincangkannya."

"Mungkin ramai yang telah terkeliru dengan dakyah pihak itu, sebenarnya inilah satu bukti kita menghormati undang-undang, tujuan yang baik itu seharusnya dimanfaatkan oleh semua pihak termasuk pegawai polis," katanya lagi.

Kepada satu soalan beliau berkata, walaupun pihak polis tidak dapat hadir ke program tersebut seperti yang tertulis dalam sepucuk surat bertarikh 18 Februari 2002 yang dihantar Ketua Polis Negeri memaklumkan bahawa ada tugas penting pada tarikh itu yang tidak dapat dielakkan.

"DPP sentiasa bersikap terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak polis khususnya dalam usaha untuk memberi pandangan kepada rakyat agar semua pihak memahami apa yang sedang berlaku dalam negeri ini khususnya," ujarnya lagi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com