UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pesuruhjaya seru aktifkan markas

PERMATANG PAUH, 25 Februari (Hrkh): Semua markas PAS Kawasan dan Cawangan perlu diaktifkan dengan pelbagaikan aktiviti untuk tujuan mengerakkan organisasi, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Mohd Hamdan Abdul Rahman.

Katanya lagi, dengan mengerakkan aktiviti di markas akan membolehkan jentera parti berfungsi dengan lebih baik dan tidak hanya mengharapkan kegiatan ceramah semata-mata. "Markas PAS di semua peringkat kena diaktifkan supaya masyarakat lehih yakin dengan program parti di samping menambahkan lagi kreativiti jentera untuk bertindak ke arah yang lebih berkesan, " jelasnya ketika ditanya selepas mengadakan mesyuarat Badan Perhubungan di Bilik Mesyuarat Markaz Tarbiyyah PAS Negeri baru-baru ini.

Kata beliau, contohnya, PAS Negeri telah melancarkan Ijtimak Bulanan setiap awal bulan dengan tenaga penceramah terdiri daripada Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, Ustaz Hashim Jasin dan beberapa penceramah undangan.

Sejak kebelakangan ini katanya, PAS berjaya mengfungsikan Markaz Tarbiyah PAS Negeri dengan berbagai program seperti Seminar Undang-Undang anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri serta PAS Kawasan Kepala Batas.

"Buat masa ini, PAS Negeri telah menyusun beberapa kegiatan untuk rakyat dan menjadi tanggungjawab PAS Kawasan dan Cawangan pula bertindak demikian, " ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir menambah, jika PAS di peringkat kawasan dan cawangan tidak peka, mustahil orang ramai akan yakin dengan kemampuan PAS.

"Memandangkan Umno semakin lemah, PAS sepatutnya ambil kesempatan menganjurkan program kemasyarakatan dan bukan mengutamakan ceramah pada sebelah malam semata-mata, " ujar beliau.

Menyentuh mengenai perkembangan Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN) Hamdan berkata, ianya sudah digerakkan terutamanya mengemaskinikan Bilik Gerakan JPN dengan berbagai peralatan terkini.

JPN akan mengadakan lawatan dari masa ke semasa ke Jabatan Pilihanraya Parlimen (JPP) dan Majlis Tindakan Dun (MTD) bagi mendapatkan gambaran sebenar persediaan di peringkat akar umbi.

"Persediaan kita tidak akan menampakkan kejayaan sekiranya JPP dan MTD tidak memberikan kerjasama yang baik, " katanya sambil mengharapkan satu pembaharuan dicapai.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com