UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Majlis Perundingan Ulama dilingkari politik sempit Umno

Oleh Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 26 Feb (Hrkh) - Dewan Ulama PAS Negeri Pulau Pinang berpendapat penubuhan Majlis Perundingan Ulama tidak membawa apa-apa makna selagi ianya dilingkari politik sempit Umno.

Setiausaha dewan berkenaan, Ustaz Suhaimi Abdullah ketika diminta mengulas penubuhan itu berkata, memandangkan ianya dicadangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno tentu ianya bermatlamat mengikut selera kepimpinan Umno untuk melawan arus kebangkitan Islam yang diterajui oleh PAS. "Kita tidak percaya Majlis Perundingan Ulama itu akan berfungsi dengan baik kerana ianya dikongkong oleh kepimpinan atau ulama upahan Umno untuk mencari jalan menghentam PAS, " tegasnya.

Menurut beliau lagi, sedangkan peranan ulama ialah menyeru kebaikan dan menentang sebarang kemungkaran bukannya bersekongkol dengan pemerintah yang jahil tentang Islam.

Adanya ulama upahan itu tambahnya, masyarakat Islam sendiri menjadi celaru dan memandang sinis terhadap golongan yang benar-benar mahu menegakkan kebenaran di muka bumi ini.

"Adanya ulama upahan inilah, kerja Islam menjadi agak sukar kerana mereka sering menasihati pemerintahan agar jangan terkeliru dengan ulama yang dilabelkan akhirat semata-mata, " kata beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kepala Batas.

PAS tahu terangnya, Umno sengaja mencadangkan perkara ini kepada kerajaan supaya peranan ulama upahan menjadi lebih kukuh untuk mencari nas-nas atau hadis untuk menyerang PAS kembali.

"Apa yang kurang lagi kerana kerajaan sudah ada Majlis Fatwa Kebangsaan. Bukan itu sahaja bahkan Persatuan Ulama Negeri atau PUM juga boleh berperanan menegur mana-mana pihak jika terdapat kenyataan mengelirukan, " katanya lantang.

Dewan Ulama PAS Pulau Pinang juga berpendapat Umno terpaksa mewujudkan Majlis Perundingan itu kerana tidak mempercayai mana-mana pertubuhan ulama yang dikatakan selari dengan PAS.

"Jelas sekarang Umno tidak mempercayai mana-mana pertubuhan yang berteraskan Islam kerana khuatir ianya sependapat dengan PAS. Jesteru itu, cepat-cepat mereka terfikir mewujudkan satu pertubuhan untuk menyaingi kebangkitan Islam yang dipolopori golongan muda, " tegasnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com