UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Makanan dicampur alkohol tidak halal bebas di restoran

SEBAGAI rakyat Malaysia beragama Islam yang prihatin dengan soal makanan yang halal atau tidak, saya berasa amat terganggu apabila mendapati banyak restoran francais dan restoran coffee-house di hotel terkemuka di Malaysia menghidangkan menu makanan yang mengandungi alkohol.

Sebagai contoh, saya dan suami telah pergi ke sebuah restoran francais di Subang Parade dan saya memilih untuk memesan black pepper steak (stik lada hitam).

Saya terasa kelainan pada makanan tersebut dan apabila bertanya untuk mendapatkan kesahihan, memang benar ia mengandungi alkohol.

Yang menjadi persoalan ialah mengapa fakta itu tidak dinyatakan di dalam menu supaya pengguna boleh membuat pilihan. Terdapat sesetengahnya yang dinyatakan secara telus, tetapi tidak semua.

Menurut pelayan di situ, kebanyakan pelanggan Melayu mereka tidak mempersoalkan tentang ramuan alkohol itu.

Pada pendapat saya, pelanggan tidak tahu kerana campuran bahan perasa boleh menenggelamkan rasa alkohol tersebut dan pengguna yang tidak mengetahui perkara tersebut tidak akan dapat merasakan kelainannya.

Begitu juga di coffee-house di sebuah hotel terkemuka di kawasan Damansara. Kali ini kami bernasib baik kerana menu yang diberikan dilengkapi resepi bagi setiap hidangan yang ditawarkan.

Setelah diteliti, hampir 80% makanan di situ mengandungi alkohol seperti burgundy dan sherry, termasuklah beberapa makanan tempatan. Kami menjadi was-was lalu memilih untuk meninggalkan tempat tersebut.

Persoalannya, apakah taraf halal bagi restoran hanya bergantung kepada hadir atau tidaknya hidangan atau ramuan yang mengandungi haiwan yang diharamkan.

Bagaimana dengan alkohol? Tidakkah pihak-pihak berkuasa agama Islam yang saya kira bertanggungjawab dalam mengeluarkan taraf halal ini, memeriksa secara menyeluruh menu dan resipi hidangan restoran sebelum diberikan taraf halal?

Untuk pengetahuan pihak berkenaan, setelah diperiksa, kebanyakan makanan Barat yang amat popular di kalangan rakyat tempatan sekarang, seperti black pepper steak dan onion soup (sup bawang) ada mengandungi alkohol.

Saya harap pihak yang berkenaan dalam pemberian taraf halal dan hal ehwal perlesenan meneliti perkara ini secara serius. Tindakan yang sewajarnya ialah mencari alternatif bagi bahan alkohol tersebut, bukannya mengharamkan makanan Barat.

Saya percaya ramai penggemar makanan Barat tidak mahu ia lenyap terus daripada menu restoran tempatan.

- FARIDA ISMAIL, Petaling Jaya






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com