UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Melayu Islam Perlu Buka Minda

Demikianlah tajuk akhbar Utusan 30 Januari 2002, yang memetik ucapan PM Mahathir ketika merasmikan Persidangan Isu dan Pembukaan Minda Umat Melayu Islam anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hebat bunyinya. Banyak kali disebut “yang benar dan nyata …” Memang benar dan nyata sekali kelemahan umat Melayu Islam ialah kerana kita telah diperintah oleh Melayu dari golongan UMNO terlalu lama.

Memang benar dan nyatalah perkara-perkara ini berlaku kerana umat Melayu di negara ini diasyikkan oleh minda melayu baru olahan UMNO yang memerintah lebih 40 tahun. Salah dan silap siapa lagi kalau tidak kerana UMNO.

IB berkesempatan mengikuti dari jauh perjalanan persidangan ini. Malam tadi IB berkebetulan dapat menyertai jamuan makan malam meraikan peserta persidangan. Jamuan ini dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Maka hadirlah para peserta. Bayangkan bahawa para peserta untuk persidangan seperti ini sememangnya dihadiri oleh mereka yang berlatar-belakang atau meminati bidang agama. Maka dalam jamuan tersebut ramai hadirin yang hadir adalah bersongkok dan ketayap putih.

Dan yang amat menarik yang ingin IB nyata di sini ialah jika inilah caranya para cendikiawan melayu pupukan UMNO dikumpulkan untuk membincangkan pembukaan minda … maka memang benar dan nyatalah bahawa umat Melayu Islam ini akan terus hidup melarat dan lemah. Jamuan yang mengumpulkan para cendikiawan Melayu yang ingin membuka minda melayu dialunkan dengan nyanyian dan mainan muzik yang mengasyikkan.

Pelbagai lagu dan muzik didendangkan. Dahlah tu, wanita yang menyanyi tu tak pakai tudung dengan pakaian sempit yang seksi (tak padan dengan umur …)

Yang IB (bersama rakan-rakan semeja – tak boleh disebutkan nama) nak tergelak sikit malam tadi ialah … tah macam mana pulak di antara lagu yang didendangkan pula ialah lagi “Oh Azizah” yang dikatakan pernah suatu masa dulu diharamkan siarannya oleh RTM – ini dinyanyikan dalam majlis anjuran Jabatan Perdana Menteri.

Dan dalam pada itu, PM sendiri pun dalam acara berasingan (malam dan ketika yang sama) turut diasyikkan dengan menghabiskan masa dengan permainan orkestra Kolej Yayasan Saad.

Sekian
Ibrahim Baba
31 Januari 2002

--






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com