UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Datang dari Indera Kayangan Datanglah dari kayangan

Pilihan raya kecil Indera Kayangan baru sudah lama selesai dengan meninggalkan seribu satu kenangan pada rakyat Indera Kayangan serta kedua-dua parti yang bertanding.Sudah tentulah Kemenangan BN menjadi satu lagi tanda keangkuhan untuk mengaut segala hasil negeri ke kantong para pemimpinnya.Bermacam peristiwa yang berlaku di sana sudah pasti akan ditujukan kepada BA yang melakukannya.Tapi biarlah itu menjadi kenangan kepada para petugas BA yang bersunguh-sungguh bagi memenangkan BA.Bak kata Ustaz Fadzil bukan kemenangan yang kita cari tapi kebenaran yang kita tuntut.

 

Yang nak aku ceritakan disini bukannya peristiwa di Indera Kayangan tapi pasai seorang ulama terkenal dari tasik gelugor.Amboi sapa tak kenal dia PAS,UMNO,ADIL ,orang tak dak parti (umno la kalau orang macamni) semua pakat pi mengaji kat dia.Cakapnya hebat sekali pasal islam tapi amalannya aku tak taulah.Dulu aku pun pi mengaji kat dia juga.Hampir 4 tahun aku ikut dia.Memang dia ni cukup hebat maklumlah ustazlah katakan.Dia kata kita sembahyang sunat elok buat kat rumah tapi sembahyang waktu elok buat kat masjid.Nabi sampai nak wafat pun suruh orang papah dia pi masjid pasai nak sembahyang jemaah.Betul la apa yang dia kata tapi aku pi taman sepadu tempat tinggal dia aku tak pernah nampak pun dia pi sembahyang kat masjid.Lepas sembahyang aku pi depan rumah dia tengok kereta dia ada depan rumah.Takkan  demam kot ustaz,kan ustaz kata nabi nak wafat pun sembahyang kat masjid.Janganlah dok suruh orang buat tapi hang tak buat.Dah lupa ke ayat yang melaknat orang yang cakap tak serupa bikin.

 

Berbalik pada cerita Indera Kayangan yang salah seorang tukang kempen bagi UMNO ialah yang berbahagia tuan guru al ustaz haji Shamsuri Bin Hj Ahmad.Amboi banyak mana agaknya ustaz dapat malam tu ya.Baguslah macam u pasal sebelum ni uztaz ni kata dia belah mana pun dak.Sekarang dia dah istihar secara terang lagi nyata yang dia adalah penyokong kuat UMNO(Ulamak Musuh Number One).

 

Balik mai Penang dia bagi macam-macam alasan pada anak murid dia.Malangnya anak murid dia percaya apa yang dia kata.Hai ustaz Allah terima ka alasan tu esok.Nak bohong apa lagi,mengaku saja la yang awak tu UMNO.

 

BOLEH KE TERIMA ALASAN DIA

 

Alasan 1 –(terperangkap)

Macammana ustaz boleh terperangkap kalau ustaz pergi dengan kereta sendiri.Kalau dah nampak bendera umno atas pentas pusing balik sajalah.Ustaz kan pakai mata belalang,sikit punya power ke di punya stereng.Kalau dah dok atas pentas tu pasai apa masa tu tak ambil kesempatan kempen untuk BA.Awat hang tak bagi tau hukum sokong BN.Macam mana nak bagi tau pasai memang ustaz umno.

 

Alasan 2 (Di tekan oleh pihak Polis)

Biasalah ustaz ooi kalau dah bawa islam macam,tu la yang kena .Ustaz juga yang kata para sahabat dan ambiak dulu kena sampai tanya bila lagi nak datang pertolongan Allah.Ini baru kena sikit pun dah takut,ulamak apa macam ni.Macam mana dengan oaring yang bukan islam yang terlebih dahulu kena daripada ustaz.Tak pernah pun berubah prinsip hidup mereka.Kit Siang,Karpal,Gobala,Tian Chua(sekadar menyebut beberapa nama sahaja)Tak naik pentas BN pun.Kalau nak ikut mereka ni tak ada aqidah mestilah ceroi dari awal lagi.Ini terbalik pula orang yang ada pegangan aqidah dan tahu cerita para ulamak yang disiksa jadi penakut pula.Katakan yang ustaz memang umno senang tak pelu lagi gaduh gaduh.

 

Alasan 3(Kerja dengan kementerian)

Oooooooo  kalau macam tu Kementerian tu tuhan ustaz la.Apa yang di suruh wajib kena buat.Ustaz sorang ke kerja dengan Kementerian.Baru jadi pensyarah dah rasa hebat.Habaq mai la kat kami yang ustaz ni memang umno.

 

MACAM MANA DENGAN ANAK MURID USTAZ SHAMSURI

 

Sayang 1000 X sayang anak murid dia percaya apa yang dia kata.Bagi aku aku tak heran kalau anak murid dia percaya kat dia,kerana depa ni tergolong dalam

 

1.Tak pernah rasa susah payah dalam jamaah.Kalau dah boleh pi mengaji dah kira ok.Susah payah mereka yang bertugas di Indera Kayangan tak pernah dirasai.Ada yang ambil cuti tanpa gai,ada yang tinggalkan perniagaan dan ada yang akan diambil tindakan kerana bekerja dengan kerajaan tak pernah difikirkan oleh mereka.Bagi anak murid ustaz  sapa menang pun kami tak rugi apa-apa pasai kami boleh pi mengaji lagiKalau menag pun kan orang cina kata mereka.

 

2.Tak mahu melibatkan diri dalam jamaah. Kalau bersembang dengan depa ni semua umno buat tak betul.UMNO zalim,munafiq dan macam-macam lagi tapi pada masa yang sama tak pernah terasa nak ikut bersama untuk bekerja tumbangkan UMNO.Di ajaknya pergi ke ceramah politik tak mau pasai ceramah politik tak ada ilmu katanya.

 

3.Ustaz Shamsuri hebat lagi dari pimpinan .Golongan ni memang taksub pada tok guru depa yang sorang ni.Semua kata dia tak boleh di bangkang.Pernah terjadi pertembungan ceramah antara dia dengan Ustaz Fadzil Noor ,tapi semua pakat pi ceramah dia dan tinggalkan ceramah ustaz Fadzil.Dah la tu marah pula pada ustaz Fadzil kerana buat ceramah sama hari dengan ceramah tok guru depa.Amboi awat hampa ingat Shamsuri tu nabi ke?Jom la kita pi rumah dia sekali.Tengok betul ke apa yang dia dok temberang hampa .

 

 

 

 

 

 

DI MANA TUAN GURU SHAMSURI SEMASA KITA BERJUANG

 

Bila balik mai dia bohong anak murid dia yang dia kena perangkap dengan UMNO.Awat dengan UMNO saja hang terperangkap.Pasai apa bila PAS ajak mai ceramah atas pentas dia hang boleh tolak.Pasai apa selama ni hang tak bagi tau hang dok belah mana.Kalau padi katakan  padi tidak hamba tertampi tampi kalau umno katakana umno tidak hamba bertanya lagi Sedarlah wahai Al Ustaz betapa susah payahnya kami di Indera Kayangan .Di caci,di pukul,di ejek,di hina dan bemacam macam tuduhan delemparkan tapi kami sabar demi menjaga maruah islam tapi alangkah hampanya bila Ustaz tolong mai tabur kaca di jalan yang telah kami bersihkan.Bukan kami heran sangat dekat ustaz tapi sebab ustaz kata ustaz belah mana pun dak sebab tuyang kami sesalkan.Kalau ustaz umno macam ustaz Firdaus tak pa la.Sedarlah para pengikut ustaz semua disaat Tuan Guru kamu yang kamu sanjungi dengan kealiman ilmunya tapi dia adalah penyokong parti yang tuan tuansemua benci.Dimana letaknya nilai seorang ulama yang disegani selama ini.Tahukah kita semua yang budak budak Rock pun tahu sokong islam .Lihatlah di Indera Kayangan betapa orang hindu pun bertungkus lumus nak lawan BN.

 

Sesungguhnya orang-orang yang kufur dengan Allah dan Rasulnya dan hendak memisahkan antara Allah dan RasulNya: mereka itu berkata :”kami percaya kepada sebahagian dari rasuldan kufur kepada sebahagian yang,dan mereka hendak mengambil jalan tengah antara keduanya,itulah orang yang kafir yang sebenar benarnya.

An Nisa’ (4 : 150)

 

APA KITA NAK BUAT KAT USTAZ SHAMSURI ?

 

Terpulanglah pada pendirian masing masing.Tepuk dada tanyalah iman masing masing.Pi tanya ustaz Shamsuri kalau ustaz bukan UMNO pasai apa tak masuk PAS.Bukankah ustaz orang yang beriman jadi mengapa takut pada makhluk.Ustaz kan yang kata makhluk tak dapat beri apa kesan tanpa izin dari Allah.Apa ustaz rasa mudah benar masuk syurga hanya boleh mengajar orang di masjid.Mai la rasa sekali pedihnya air asid yang umno bagi kat kami.Kalau ustaz takut air asid macam mana dengan air nanah yang Allah nak bagi esok.Kalau takutkan ISA macam mana dengan kubur ustaz yang sempit esok.Tanyalah pada dia benda ni.

 

I’M SORRY MR. SAM

 

Aku minta maaf banyak dekat ustaz sebab kata kat ustaz macam macam.Kalau ini fitnah namanya maka ustazlah orang pertama memfitnah diri sendiri.Bagi anak murid ustaz Sam aku nak mintak maaf juga pasai kata kat tok guru hampa.Aku cadangkan supaya Tok Guru hampa masuk pilihan raya 2003 ni dan lawan sebagai anak jantan.Suruh la dia bawak keluar ayat al Quran dan hadis tentang haram sokong PAS.Tapi kalu dia tak mau ajak dia masuk PAS.Aku pasti orang PAS akan maafkan dia sebab oaring PAS ni bukannya macam umno.Kalau Anwar yang kata macam macam dekat PAS pun orang PAS boleh maafkan ini kan pula Ustaz yang kami kenal baik budi perkertinya.Tanyalah jiran jiran dia kat Taman Sepadu macam mana baiknya ustaz Shamsuri ni sampai tak kenal jiran pun.Okey lah aku rasa kalau nak cerita pasai dia sampai bila pun tak habis.Satu benda yang kita wajib yakin ialah islam menang dan kalah bukan kerana ulamak macam ustaz Shamsuri.Pilihan raya dah nak dekat jadi kita toksah dok peduli dengan dia.Biaq la dia dengan temberang nya.Pastikan kita adalah seorang pengundi pada hari pilihan raya nanti.Jangan asyik sembang ajak orang lwan umno atpi diri sendiri pun tak boleh mengundi.

 

LyMetalBrutal

http//lyonex2@hotmail.com

 

 

 






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com