UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Respon isu ustaz shamsuri !!!!

Assalamualaikum....

Saya ingin memberi respon terhadap isu yang hangat diperkatakan sekarang ini berkenaan dengan Ustaz Shamsuri. Sebenarnya perkara ini amat sensitif untuk diperdebatkan di khalayak umum kerana ia berkait terus dengan batang tubuh & peribadi Ustaz Shamsuri yang dikenali umum sebagai penceramah bebas yang agak popular di selatan tanahair dengan kuliahnya yang memukau pendengar. Tetapi apabila beliau terjebak dalam kancah politik sempit Umno yang menyentuh survival ummah, maka beliau mesti menanggung akibatnya.

Beliau ke majlis kempen Umno dalam keadaan tidak tahu. Ini satu alasan yang tidak munasabah dan menggambarkan beliau boleh ditipu hidup-hidup dan dengan begitu mudah diperalatkan oleh juak2 Umno yang dilihat cuba berpaut kepada golongan agamawan.

Memang menjadi kesilapannya kerana beliau telah meletakkan dirinya di tempat fitnah. Bukankah berada di tempat fitnah itu mengundang mala petaka besar. Hakikatnya untuk membersihkan tong taik kita tidak perlu masuk ke dalam tong taik tersebut kerana akibatnya kita juga akan terkena taik. Maka dalam hal ini, beliau dan anak2 muridnya tidak boleh menyalahkan orang lain.

Langkah yang perlu diambil oleh Ustaz Shamsuri sendiri ialah menyatakan pendiriannya sama ada beliau memang terlibat dalam politik Umno atau sebaliknya kerana setakat ini kita masih belum mendengar apa2 penjelasan daripadanya sendiri.

Saya rasa inilah akibatnya apabila tidak mahu bersama jemaah. Bukankah kambing yang bersendirian itu mudah diterkam serigala ????

Iza lam tas ta-hi, fasna' ma-syik-ta..... Apabila kamu tidak malu, maka buatlah apa yang kamu inginkan (maksud hadith) !!!

syubban74@hotmail.com.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com