UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Perbahasan mengenai isu Ustaz Shamsuri

Assalamualaikum wbt.

Perbahasan mengenai isu Ustaz Shamsuri yang dikatakan terlibat dalam kempen BN di Indera Kayangan baru-baru ini telah membuatkan saya tertarik untuk memberi komen bagi renungan bersama.

Terlebih dahulu janganlah kita terlalu mudah menerima berita-berita yang telah sebarkan. Mungkin berita atau cerita tersebut di bawa oleh pihak-pihak tertentu sebagai salah satu daripada perang saraf untuk melawan musuh mereka.

Saya juga tidak berada di tempat yang dinyatakan dan saya juga bukanlah murid setia Ustaz Shamsuri. Saya cuma mendengar kuliahnya dari kaset-kaset yang dijual di pasaran. Saya amat tertarik dengan cara penyampaian beliau yang mudah difahami. Seperti kita yang ketahui bahawa ustaz shamsuri terlalu ramai anak murid yang boleh dikategorikan sebagai pengikut setia. Oleh yang demikian, pihak-pihak tertentu akan mengambil kesempatan yang ada untuk kepentingan diri dan hawa nafsu mereka, sengaja mencari jalan bagi menimbulkan rasa keraguan dan sangsi terhadap pengikut serta peminatnya.

Apabila berlaku fitnah dan tomahan, tentunya akan menimbulkan tekanan yang kuat terhadap ustaz shamsuri. Peluang ini akan digunakan sebaik mungkin oleh pihak-pihak tertentu, berpura-pura menunjukkan rasa simpati dan seterusnya menjerat beliau untuk sama-sama terikut rentak yang sedang di mainkan oleh mereka. Siapakah yang akan rugi????

Saya tidak mahu ulas mengenai mengapa beliau boleh berada di tempat berkenaan kerana itu adalah hak beliau. Samada dia nak berceramah atas pentas PAS ke, UMNO ke, DAP ke, MCA ke, PPP ke atau apa-apa parti sekali pun itu adalah hak beliau. Itu terpulang kepada niat beliau. Kita serahkan saja kepada Allah swt. Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersirat di hati setiap hambanya. Apakah ceramah atau penerangan mengenai Islam hanya untuk penyokong-penyokong PAS dan Keadilan sahaja? Jika beginilah minda kita, saya percaya penerangan mengenai Islam yang sebenar tak akan sampai kepada mereka sampai bila-bila pun. Sejarah telah membuktikan bahawa terdapat mereka yang berkobar-kobar berjuang serta hebat dalam memberi ceramah serta kuliah ilmu telah pun kecundang dan terkulai layu. Ini kan pula seorang ustaz muda yang mempunyai harapan dan cita-cita. Lupakah kita bahawa ustaz shamsuri pernah di tahan ISA kemudian dibebaskan dengan tanpa syarat. Tentunya pada ketika itu beliau benar-benar berada didalam tertekan. Siapa tahu ...!!!!

Kalau pun benar ustaz shamsuri telah mengkhianati anak muridnya dengan secara terang-terang menyokong BN, biarkanlah .... bukan kah kita berada dibawah sistem demokrasi. Jika beliau percaya perjuangannya itu adalah benar, apa boleh buat ..... Kita serahkan saja kepada yang Maha Esa.

Apa yang penting kita perlu perhebatkan diri kita dengan kekuatan ilmu dan minda bagi menghadapi cabaran yang lebih mencabar. Perbanyakkanlah MUHASABAH diri dan semak kembali sirah perjuangan RasululLah. Kemenangan Islam itu bukannya mudah. Selama tiga belas tahun, RasululLah mengenal pasti siapakah yang benar-benar layak untuk turut serta berhijrah bersama baginda. Mereka yang MUNAFIQ awal-awal lagi telah menarik diri.

Sekian. Wassalam

Suriani Shukor






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com