UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Hentikan memfitnah Ustaz Shamsuri

Assalamualaikum.

Saya merasa terpanggil untuk menulis mengenai isu Ustaz Shamsuri setelah begitu heboh diperkatakan(dalam Internet) mengenai tindakannya berceramah dalam forum anjuran BN. Sebelum ini saya mengambil sikap berkecuali dan tidak membela mahupun menuduh ustaz, kerana saya sendiri tidak melihatnya berceramah pada malam itu.

Tetapi, setelah saya berjumpa sendiri dengan pengurusnya(penerbit kaset kuliahnya yang telah saya kenali selama lebih dari 5 tahun),saya seolah-olah terpaksa untuk menulis mengenai isu ini bagi menjelaskan beberapa kekeliruan yang telah timbul.

Ustaz Shamsuri sebenarnya telah diperangkap untuk berceramah untuk pihak BN pada malam itu. Beliau telah menerima arahan daripada pihak atasan Pulau Pinang(oleh pegawai Tan Sri Dr.Koh Soo Kun)kerana ustaz terikat dengan kontraknya sebagai pensyarah matrikulasi(lupa pulak nak tanya di mana).Beliau bukan dijemput, tetapi dipaksa oleh SB yang menyembunyikan hakikat bahawa beliau akan berceramah di atas pentas BN.Saya tidak tahu syarat-syarat pembebasannya dari ISA,mungkin inilah syarat yang dikenakan iaitu dikehendaki berceramah untuk pihak kerajaan.Mungkin jika ustaz tidak mengikuti kehendak SB tersebut, ustaz akan dihantar semula ke Kamunting sebagaimana yang telah berlaku kepada Dr.Badrul Amin.Wallahua'lam.

Apabila sampai di tempat forum, beliau tidak mempunyai pilihan dan terpaksa berceramah, tetapi tidak berkempen untuk BN, sebaliknya hujahnya adalah berdasarkan Al-Quran dan Hadis semata-mata.

Saya melihat isu ini telah diperbesar-besarkan, termasuk oleh mereka yang tidak melihat sendiri forum tersebut, mahupun mereka yang tidak pernah mengikuti kuliah beliau. Kita harus faham,bahawa ustaz baru saja bebas dari ISA, dan tekanan yang diterima oleh beliau adalah hebat. Sepatutnya apabila mendengar berita yang belum pasti kebenarannya seperti ini, selidiklah dahulu sebelum menjaja fitnah merata tempat.

Kepada mereka yang pernah melayari laman webnya: www.shamsuri.com pasti tidak berjumpa lagi laman tersebut sekarang. Saya sendiri beranggapan bahawa laman web tersebut ditutup @ tidak diupdate kerana kesibukan webmasternya, tetapi rupa-rupanya saya telah tersilap. Laman web tersebut sebenarnya telah diarahkan supaya ditutup oleh SB.Inilah rancangan jahat musuh-musuh Islam yang mahu menyekat penyebaran ilmu-ilmu Islam dengan apa cara sekalipun.

Kepada mereka yang belum tahu, ustaz Shamsuri adalah ahli SEUMUR HIDUP PAS. Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa secara tiba-tiba ustaz masuk/menyokong BN, kerana sepanjang pengetahuan saya, daripada hampir seratus(100) tajuk kaset kuliahnya, intipatinya adalah jelas, iaitu menyokong pemerintahan berdasarkan AL-Quran dan As-sunnah. Bandingkan kuliah beliau dengan kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan anda akan dapati persamaannya.

Mengenai tuduhan bahawa beliau mata duitan dan berceramah di pentas BN untuk mencari habuan dunia,tuduhan tersebut tidak benar. Setiap bulan ustaz dibayar gaji/royalti sebanyak lima ribu ringgit($5000) oleh penerbitnya, dan ustaz juga telah dihadiahkan sebuah kereta untuk kemudahannya berdakwah oleh penerbitnya. Mustahil jumlah wang sebanyak itu tidak mencukupi sehingga ustaz tergamak mengkhianati perjuangan Islam.

Kepada mereka yang masih ragu-ragu tentang isu ini, saya nasihatkan anda mendapatkan kaset kuliahnya yang terbaru, yang akan menyentuh mengenai kontroversi forum tersebut. Insya Allah, kaset tersebut akan berada di pasaran pada Selasa ini(5 Februari) dan dengar sendiri penjelasan daripada mulut ustaz sendiri sebelum membawa fitnah tanpa usul periksa.Ingatlah bahaya fitnah,kerana bahaya fitnah itu lebih bahaya dari membunuh.Ingatlah nasib yang menimpa Anwar Ibrahim akibat fitnah yang dibawa oleh mereka yang mahu menjatuhkannya.

``Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan''. (Surah al-Baqarah ayat 191).

``Barang siapa yang mengetahui ada orang mukmin dihina di depannya, ia harus membelanya, mempertahankan nama baik si mukmin itu. Apabila ia tidak mahu melakukan pembelaan itu, maka Allah s.w.t. akan menghinanya di depan orang ramai''. (Hadis riwayat Ahmad dan Tharani).

qudus






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Februari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com